Adakah anda tahu apa yang anda daftar pada langganan mudah alih & internet anda? Pernahkah anda meminta butiran daripada Penyedia Perkhidmatan anda? Pada penghujung bulan, anda mungkin terpaksa membuat pembayaran bil yang terlalu banyak daripada apa yang anda jangkakan disebabkan oleh langganan atau alat tambah(add-ons) yang tidak diperlukan.

Untuk menjadi pengguna yang bijak, kawal selia kendiri amat digalakkan terutamanya apabila melanggan perkhidmatan mudah alih & internet. Lihat senarai semak di bawah tentang perkara yang perlu anda tanya sebelum mendaftar:

1. Berapakah jumlah data, teks atau panggilan tempatan yang disertakan dalam langganan?
Ini adalah untuk memahami bahawa sejauh mana penggunaan maksimum anda sebelum caj tambahan dikenakan.

2. Berapakah jumlah minimum yang perlu anda bayar sepanjang tempoh kontrak?
Mengetahui jumlah minimum yang perlu dibayar sepanjang tempoh kontrak anda akan membantu anda untuk jangka masa panjang kerana mungkin terdapat caj tertunggak yang perlu anda bayar. Adalah sangat dicadangkan untuk anda membayar bil anda tepat pada masanya untuk mengelakkan sebarang jenis caj tambahan atau penalti.

3. Adakah peralatan disediakan & ada bayaran tambahan?
Langkah berjaga-jaga ini memastikan anda tidak akan mendapat kejutan bil kerana ada masanya peralatan akan disediakan bersama-sama dengan caj tambahan bergantung kepada langganan anda.

4. Periksa sama ada penyedia perkhidmatan mempunyai liputan yang baik di tempat anda tinggal & bekerja
Ini adalah salah satu langkah penting yang perlu dilakukan sebelum melanggan mana-mana langganan mudah alih & internet. Yang paling mudah ialah dengan bertanya kepada jiran dan rakan sekerja anda mengenai Penyedia Perkhidmatan yang mempunyai liputan yang baik. Selain itu, anda boleh menyemak laman sesawang setiap Penyedia Perkhidmatan untuk menyemak liputan seperti di bawah:

5. Apakah yang akan berlaku apabila anda melebihi had langganan?
Fahamkan jenis pemberitahuan yang anda akan terima dengan bertanyakan kepada Penyedia Perkhidmatan apabila anda melebihi had langganan, dan Penyedia Perkhidmatan harus mempunyai cara untuk memberitahu anda bagi mengelakkan anda dari membayar sebarang caj tambahan.

6. Berapa yang anda perlu bayar untuk membuat panggilan atau menggunakan perayuan data apabila anda pergi ke luar negara?
Setiap Penyedia Perkhidmatan menawarkan kadar yang berbeza untuk caj panggilan dan penggunaan perayauan data. Semak dengan Penyedia Perkhidmatan tentang kadar dan cara perayauan data diaktifkan

7. Berapa lama masa yang diambil untuk perkhidmatan baharu anda disambungkan?
Pastikan anda mengelak sebarang kekeliruan yang tidak perlu terutamanya apabila anda baru melanggan langganan baharu. Selalunya, wakil Penyedia Perkhidmatan akan memberitahu anda terlebih dahulu, tetapi tidak salah untuk bertanya lagi untuk kepastian.

8. Apakah yang berlaku jika anda ingin menukar penyedia perkhidmatan anda?
Jika anda tidak berpuas hati dan ingin menukar Penyedia Perkhidmatan, anda disarankan untuk bertanya lebih awal, bukan semasa anda ingin menamatkannya. Ini adalah penting untuk bertanya kepada Penyedia Perkhidmatan anda tentang proses dan jika terdapat sebarang penalti yang akan dikenakan terlebih dahulu.

 

* * *

Anda suka artikel, tip ini? Kongsikan di FacebookTwitter, dan Instagram anda. ‘Follow’ kami untuk ketahui lebih banyak tip & info terkini mengenai komunikasi & multimedia. 

~consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)~