CYBERJAYA, 18 MEI 2022 – Bagi memperingati Hari Telekomunikasi dan Masyrakat Informasi Sedunia 2022 yang bertemakan Teknologi Digital untuk Warga Emas dan Penuaan yang Sihat, Pengerusi Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia(CFM) mendesak keperluan dalam mengurangkan jurang generasi dan untuk lebih inklusif kepada warga emas bagi mendapat faedah dalam menggunakan teknologi.

Seperti disebut oleh Houlin Zhao, Setiausaha Agung Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) iaitu warga emas telah banyak menyumbang kepada pencapaian sosial dan ekonomi pada masa kita dan kini memerlukan bantuan untuk memastikan mereka boleh terus menyumbang kepada ahli masyarakat.

Dalam hal ini, kerajaan telah membuka jalan ke arah digital celik dengan pelaksanaan Pelan Tindakan Ekonomi Digital dan Rancangan Malaysia ke-12 yang juga menyumbang ke arah penggunaan 5G. Semua pihak adalah pemangkin dalam menjadi pemboleh digital.

Menyokong sentimen tersebut, Pengerusi CFM, En. Muhammad Radzillah Abdullah berkata, “Walaupun kerajaan telah memainkan peranan dan syarikat telekomunikasi sentiasa mewujudkan pakej khusus untuk warga emas, ahli teknologi digital juga harus mempertimbangkan generasi ini dalam usaha memaju dan membangunkan teknologi baharu. Generasi yang lebih tua bukanlah warga digital jadi mereka memerlukan bantuan dan bimbingan untuk memanfaatkan perkembangan teknologi. Tidak ada gunanya mempunyai kemajuan teknologi seperti teleperubatan atau AI jika mereka tidak dapat menggunakannya. Ini boleh menghalang penuaan dan kesihatan yang sihat.”

Beliau menambah bahawa pemaju teknologi digital harus mengambil berat bukan sahaja tentang jurang digital tetapi juga isu generasi supaya mereka secara dengan tidak sengaja mencipta teknologi yang mengikut usia. “Membuat andaian tentang cara warga emas menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian mereka sebenarnya mungkin mempunyai kesan yang tidak diingini untuk melebarkan jurang ini atau mewujudkan halangan selanjutnya kepada pengaksesan digital. Oleh itu, CFM menyeru setiap pihak untuk memasukkan warga emas dalam pertimbangan mereka untuk kemajuan teknologi untuk menghapuskan jurang usia dan meningkatkan kehidupan warga emas untuk membolehkan mereka menua secara sihat.”.

Encik Muhammad Radzillah – PEKOMA 

_____________TAMAT______________

Mengenai CFM

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) ditubuhkan pada bulan Februari 2001 dan telah ditetapkan sebagai salah satu forum industri oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), selaras dengan Peruntukan Seksyen 189 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM). Ia menjadi salah satu platform bagi industri dan pengguna/orang awam bagi menyumbang ke arah penambahbaikan perkhidmatan dan pembangunan polisi yang lebih baik dan konstruktif. 

Peranan CFM bersama dengan pihak-pihak lain yang terlibat adalah untuk menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia dan melindungi kepentingan pengguna dengan menggalakkan etika perkhidmatan berkualiti tinggi melalui kawal selia kendiri. CFM juga menjadi pemudah cara kepada pengguna untuk melaporkan aduan tentang perkhidmatan komunikasi dan multimedia.

Jika terdapat aduan mengenai perkhidmatan komunikasi dan multimedia yang tidak diselesaikan, pengguna boleh mengemukakan aduan melalui saluran berikut:


PORTAL ADUAN

https://aduan.skmm.gov.my

(sistem bersepadu bersama MCMC)

OFFICE

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM)

Malaysian Communications & Multimedia Commission (MCMC) Former HQ,

Jalan Impact, Cyber 6,

63000 Cyberjaya,

Selangor

 

Untuk mengetahui lebih banyak maklumat dan tip berguna, sila layari portal dan media sosial CFM:

PORTAL CFM

www.cfm.my

www.consumerinfo.my

MEDIA SOSIAL CFM

Facebook: consumer.forum.malaysia

Twitter: @cfm_malaysia

Instagram: @cfm_malaysia

Pegawai Perhubungan Media:

Kartini Hasbi
kartini@cfm.my
019 – 238 8501

Muhammad Asyraf Shipurizan
asyraf@cfm.my
014 – 267 9436