JOHOR BAHRU, 9 NOVEMBER 2016 – Penggunaan internet dan kemunculan teknologi baharu seperti media sosial dan enjin carian pada hari ini telah memudahkan pengguna untuk mempelajari dan memahami tentang tanggungjawab asas dan hak-hak sebagai pengguna.  Perkara ini termasuk beberapa isu berkaitan yang ditekankan dalam Sesi Perkongsian Maklumat  Industri (KSS) yang ke-5 oleh Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) di Johor Bahru yang diadakan pada hari ini.

Melalui pengumuman Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 21 Oktober lepas mengenai peruntukan sebanyak RM1 Billion bagi memastikan liputan dan kualiti jalur lebar di seluruh negara mencapai 20 megabit sesaat, CFM yakin bahawa inisiatif ini akan membantu untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan yang lebih baik oleh pengguna dan ia dapat memberi peluang kepada pengguna untuk menggunakannya bagi tujuan perusahaan dalam e-dagang.

“Dalam era teknologi yang serba pantas, pengguna lebih berpengetahuan dan tahu apa yang mereka mahukan selain mengharapkan perkhidmatan yang terbaik daripada penyedia perkhidmatan komunikasi dan multimedia di Malaysia. Pengguna juga kini lebih peka dengan hak-hak mereka. Mengikut statistik, sebanyak 5,973 aduan telah diterima oleh CFM sehingga bulan Oktober 2016,” kata Timbalan Pengerusi CFM, Mohamad Yusrizal Dato’ Yusoff.

TAHUN

20142015

2016 (Sehingga Oktober)

JUMLAH ADUAN

6,9047,3265,973

Jumlah aduan diterima CFM dari 2014 – 2016 (sehingga Oktober)

Tambah beliau, CFM juga ada menerima aduan dari pengguna Johor iaitu sebanyak 295 aduan diterima sehingga bulan Oktober ini. Walaupun semua penyedia perkhidmatan berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, namun terdapat beberapa faktor yang menyebabkan usaha ini terganggu. CFM akan terus memastikan hak-hak pengguna terus dipelihara dengan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas perkhidmatan yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan dan menangani sebarang pelanggaran Kod Amalan Am Pengguna untuk Industri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (GCC).

5 ADUAN TERTINGGI – JOHOR

JUMLAH

Kualiti Perkhidmatan / Poor Service127
Bil & Caj / Billing & Charging90
Tiada Liputan / No Coverage35
Kualiti Liputan / Poor Coverage35
Tidak Adil / Unfair Practice8

(5 Aduan Tertinggi diterima dari pengguna Johor – sehingga Oktober 2016)

Dalam Sesi Perkongsian Maklumat Industri Edisi Johor, CFM membincangkan topik dan isu-isu yang berkaitan dengan pengguna perkhidmatan komunikasi dan multimedia di Malaysia. Melalui sesi perkongsian yang disampaikan oleh speaker jemputan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Telekom Malaysia (TM) termasuk Pengarah CFM, Ahmad Izham Khairuddin bersama dengan Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), diharapkan agar peserta program ini dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai hak-hak dan tanggungjawab terhadap langganan komunikasi dan multimedia mereka.

Objektif utama CFM menganjurkan Sesi Perkongsian Maklumat Industri (KSS) adalah untuk berkongsi dengan peserta mengenai isu-isu pengguna seperti jalur lebar internet, caj perayauan antarabangsa, SMS yang tidak diminta, pendaftaran palsu, perkhidmatan yang tidak memuaskan dan lain-lain isu berkaitan. Program tersebut berakhir dengan sesi soal jawab bersama beberapa wakil penyedia perkhidmatan yang dijemput sebagai ahli panel untuk menjawab pertanyaan para hadirin.

-TAMAT-

Mengenai CFM

CFM merupakan sebuah badan organisasi bebas yang ditubuhkan pada bulan Februari 2001 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selaras dengan keperluan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) di Malaysia untuk melindungi hak pengguna dalam sektor tersebut dan memudahkan kawal selia kendiri industri.

CFM bukan sahaja menyediakan ruang dan saluran untuk melaporkan aduan, tetapi juga bekerjasama dengan wakil daripada persatuan pengguna, syarikat penyedia perkhidmatan dan pihak-pihak lain yang berminat bagi merangka, membangun dan menyediakan kod-kod untuk melindungi hak-hak pengguna selain mencadangkan prosedur untuk pampasan dan tindakan kepada pelanggan sekiranya terdapat pelanggaran kepada Kod Amalan Am Pengguna (GCC) untuk Industi Komunikasi & Multimedia Malaysia. Kod tersebut telah diterbitkan pada tahun 2003. CFM juga dalam usaha untuk mempromosi dan menggalakkan perkhidmatan dan pengendalian berkualiti serta berprestasi tinggi dalam industri Komunikasi dan Multimedia. Pada masa yang sama, CFM berusaha untuk meningkatkan keyakinan dan pemahaman pengguna berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan. Pengguna yang tidak berpuas hati terhadap penyelesaian aduan yang telah dilaporkan kepada penyedia perkhidmatan komunikasi dan multimedia mereka, boleh mengemukakan aduan kepada CFM melalui saluran berikut:

PORTAL ADUAN CFM (COP)

www.complaint.cfm.org.my

HOTLINE

1 – 800 – 18 – 2222

EMEL

aduan@cfm.org.my

APLIKASI MUDAH ALIH

Muat turun aplikasi “MY MOBILE RIGHTS” di Google Play Store

PEJABAT

CFM Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC), Off Persiaran Multimedia Jalan Impact, 63000 Cyberjaya, Selangor.

Pegawai Perhubungan Media:

Noor Shahdiella Abd Manan                                   shahdiella@cfm.my                               019-3246036

Razaleigh Zain                                                        razaleigh@cfm.my                                 019-4170766

Roharrashidah Abdul Halil                                     roharrashidah@cfm.my                         016-9642972