Pengebilan Telefon Mudah Alih juga dikenali sebagai Direct Operator Billing (DOB), merujuk kepada kaedah pembayaran untuk pembelian yang dibuat melalui nombor telefon. Apabila seseorang pengguna memilih untuk membuat bayaran pembelian melalui bil perkhidmatan telefon, peniaga akan mengenakan caj pembelian kepada Penyedia Perkhidmatan berkenaan, yang kemudiannya dimasukkan ke dalam bil telefon pengguna. Apabila pilihan ini diaktifkan, caj ini akan terus dikenakan kecuali perkhidmatan tersebut ditamatkan. 

Untuk mengelakkan daripada bil telefon naik mendadak nyahkatifkan pilihan ini sebagai pilihan utama dan hanya aktifkan ketika kita perlu membuat pembelian dalam aplikasi atau pilih cara pembayaran yang lain adalah cara terbaik untuk memastikan kita tidak membayar bil yang tidak sepatutnya.

Ikuti panduan langkah demi langkah untuk menyahaktifkan Pengebilan Telefon Mudah Alih sebagai salah satu kaedah pembayaran:

Google Play (Android):

  1. Buka aplikasi Google Play
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, pilih ikon profil.
  3. Pilih Pembayaran & langganan > Kaedah pembayaran > Lagi > Tetapan pembayaran.
  4. Jika diminta, log masuk ke Google Pay.
  5. Di bawah kaedah pembayaran yang ingin anda alih keluar, pilih Alih keluar > Alih keluar.

Huawei (HarmonyOS):

  1. Pergi ke Tetapan > Tetapan Akaun > Pembayaran dan Pembelian
  2. Pilih nombor telefon yang diingini dan sentuh Alih Keluar Kad
  3. Masukkan kata laluan pembayaran anda untuk dipisahkan

Apple (iOS):

Untuk iPhone, iPad atau iPod touch:

  1. Buka aplikasi Tetapan.
  2. Pilih nama anda.
  3. Pilih Pembayaran & Penghantaran. Anda mungkin diminta untuk log masuk dengan Apple ID anda.
  4. Pilih Edit, pilih butang Padam merah, kemudian pilih Alih keluar.
  5. Jika anda mempunyai baki yang belum dibayar, mempunyai langganan termasuk pelan storan iCloud, atau anda menggunakan perkongsian pembelian, anda tidak boleh mengalih keluar semua kaedah pembayaran. Ketahui cara mengalih keluar semua kaedah pembayaran. 

Untuk Mac:

  1. Buka App Store pada Mac anda.
  2. Klik nama anda atau butang log masuk di bahagian bawah bar sisi.
  3. Klik Lihat Maklumat.
  4. Di sebelah Maklumat Pembayaran, klik Uruskan Pembayaran. (Jika anda menggunakan versi macOS yang lebih lama, klik Edit di sebelah Jenis Pembayaran.) Anda mungkin diminta untuk log masuk menggunakan Apple ID anda.
  5. Klik Edit di sebelah kaedah pembayaran, kemudian klik Alih keluar. Jika anda mempunyai baki yang belum dibayar, mempunyai langganan termasuk pelan storan iCloud, atau anda menggunakan perkongsian pembelian, anda tidak boleh mengalih keluar semua kaedah pembayaran. Ketahui cara mengalih keluar semua kaedah pembayaran.

* * *

Share this post if you liked it and follow us on Facebook, Twitter, and Instagram to stay up to date with the latest tips on Communications & Multimedia.

~consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)~