BAGAIMANA INI BOLEH BERLAKU?

Penggunaan telefon pintar kini telah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan kita dan telah  menjadi  keperluan utama untuk kita terus kekal berhubung dan mudah dihubungi pada setiap masa. Namun begitu, CFM masih menerima aduan daripada pengguna yang telah pergi ke luar negara dan antara aduan mereka ialah mengenai bil dan caj yang tinggi bagi perkhidmatan telefon mudah alih, yang sebenarnya berpunca daripada kelalaian pengguna itu sendiri.

APAKAH LANGKAH BERJAGA-JAGA YANG PERLU SAYA IKUTI?

  • PENDAFTARAN secara AUTOMATIK/PENGAKTIFAN secara AUTOMATIK : Sesetengah penyedia perkhidmatan ada yang menyediakan pendaftaran atau pengaktifan secara automatic untuk pakej perayauan antarabangsa.
  • RAKAN PERAYAUAN SERANTAU : Anda perlu SENTIASA sambungkan ke rangkaian penyedia perkhidmatan rakan perayauan  serantau.
  • PAKEJ Pilih pakej-pakej contohnya panggilan/sms tanpa had, data tanpa had atau kedua-duanya sekali, dan juga mengikut jumlah hari yang berbeza.
  • KUOTA/KELAJUAN INTERNET/POLISI PENGGUNAAN BIASA : Semak kuota data, kelajuan internet dan juga Polisi Penggunaan Biasa yang diamalkan oleh Penyedia Perkhidmatan anda.
  • TEMPOH SAH : Kebanyakan pakej 1 Hari bermula dari jam 00:00 sehingga jam 23:59 WAKTU MALAYSIA.

APA PERLU SAYA LAKUKAN UNTUK MENGELAKKAN PERKARA INI BERLAKU?

  • Hubungi Penyedia Perkhidmatan anda dan dapatkan semua maklumat lanjut  mengenai kos perjalanan yang terlibat dalam pakej telefon anda, bagi perkhidmatan perayauan antarabangsa.
  • Ambil perhatian untuk semua notifikasi SMS yang dihantar oleh Penyedia Perkhidmatan anda.
  • Maklumkan kepada keluarga dan rakan-rakan anda mengenai perjalanan anda ke luar negara untuk mereka membuat panggilan bagi kes kecemasan sahaja. .
  • Nyahaktifkan pemajuan panggilan (call forwarding) ke peti mel suara (voice mailbox).

Bagi Mereka Yang ‘Travel Bajet’ …

  • Dapatkan kad sim tempatan atau kad sim Perayauan Antarabangsa.
  • Ataupun, gunakan sahaja WIFI percuma.

#HakAndaKeutamaanKami #CFMmalaysia  #Roaming #ICYMI

 * * * 

Anda suka artikel, tip ini? Kongsikan di FacebookTwitter, dan Instagram anda. ‘Follow’ kami untuk ketahui lebih banyak tip & info terkini mengenai komunikasi & multimedia. 

~consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)~