Pasti anda pernah menghadapi masalah ini beberapa kali dan menjadi sangat kecewa setiap kali ia terjadi, terutama apabila telah membuat aduan kepada penyedia perkhidmatan tetapi tiada apa-apa perubahan berlaku. SHOUT! ingin berkongsi dengan anda beberapa peranti baharu yang mungkin akan membantu menambah baik kelajuan internet di rumah anda tanpa gangguan daripada pihak penyedia perkhidmatan! Kadangkala rangkaian peranti (router) tanpa wayar yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan anda tidak dapat memenuhi sambungan daripada pelbagaiperanti yang digunakan di rumah seperti komputer riba, telefon pintar, konsol permainan, TV pintar dan lain-lain. Router tanpa wayar ini kadangkala perlu ditukar atau mungkin perlu disokong oleh peranti lain untuk menampung keperluan tambahan di rumah. Oleh kerana penyedia perkhidmatan hanya akan menyediakan sambungan yang paling asas di rumah anda, berikut merupakan beberapa bantuan peranti luar yang mungkin anda boleh pertimbangkan.


ROUTER TANPA WAYAR TRI-BAND

Apabila penghantar jalur lebar dua hala tidak mampu lagi menampung trafik sambungan yang meningkat, peranti-peranti tanpa wayar tri-band ini akan membantu melancarkan keadaan. Peranti ini amatlah disarankan jika anda memiliki lebih daripada satu peranti model terkini yang mampu untuk menerima Wi-Fi 5GHz. Malahan menonton video HD secara atas talian melalui peranti anda akan menjadi lebih mudah jika dibantu dengan alat rangkaian ini.

ASUS Router RT-AC5300 Wireless

-AC5300 Tri-Band Gigabit Router

https://www.asus.com/my/Networking/RT-AC5300/

D-LINK DIR-895L AC5300 Ultra Wi-Fi

Tri-Band Wireless Router

http://www.dlink.com.my/product/dir-895l-ac5300-wireless-tri-bandgigabitrouter/

TP-LINK Archer C3200 AC3200

Wireless Tri-Band Gigabit Router

http://www.tp-link.com/my/products/details/Archer-C3200.html


PELEBAR JANGKAUAN/PUSAT AKSES TANPA WAYAR

Isyarat Wi-Fi boleh tersekat oleh dinding atau peralatan rumah dan kualiti isyarat sambungan juga boleh menurun disebabkan faktor jarak. Ada situasi di mana anda mungkin perlu meningkatkan capaian isyarat Wi-Fi anda supaya ia boleh mencapai bilik yang berada jauh di sudut rumah. Di sinilah pelebar jangkauan tanpa wayar memainkan peranan!

TP-LINK AC2600 Wi-Fi Range ExtenderRE650
http://www.tp-link.com/my/products/details/cat-10_RE650.html

D-Link DAP-1720 AC1750 Wireless Range Extender
http://www.dlink.com.my/product/ac1750-wireless-range-extender/

SISTEM WI-FI SELURUH RUMAH
Ada dalam kalangan kita yang mungkin tidak suka apabila melihat rangkaian peranti tanpa wayar (router) yang mempunyai rupa antena yang pelik. Bagi mereka yang mencari liputan Wi-Fi yang baik untuk dipasang di rumah dan dalam masa yang sama inginkan apa sahaja peralatan yang diperlukan sesuai dengan hiasan dan warna bilik, anda boleh memilih untuk mendapatkan sistem Wi-Fi untuk keseluruhan rumah.

 

ASUS LYRA AC2200 Tri-Band Whole-Home Mesh Wi-Fi System (untuk rumah yang besar), dengan rangkaian keselamatan AiProtection yang dikuasakan oleh Trend Micro, Aplikasi ASUS Lyra dan kawalan ibu bapa yang lebih canggih.

https://www.asus.com/my/Networking/Lyra/

TP-Link Deco M5 Whole-Home Wi-Fi System

 

Deco adalah penyelesaian Wi-Fi seluruh rumah dengan sekuriti yang paling lengkap. Ia menghantar isyarat Wi-Fi yang pantas dan tidak terganggu ke setiap bilik dengan memanfaatkan kuasa tiga unit AC1300 yang berasingan dan mencapai liputan lancar sehingga 4,500 kaki persegi. Deco juga mudah untuk dipasang dan akan meningkatkan fungsi apabila anda menambah peranti di rumah. Deco telah dijamin oleh industri dengan sokongan 24/7 seumur hidup. http://www.tplink.com/my/homenetworking/deco/

Sumber : SHOUT Q4 2017, consumerinfo.my #internet #CFMmalaysia  #CFMshout 

 

 * * * 

Anda suka artikel, tip ini? Kongsikan di FacebookTwitter, dan Instagram anda. ‘Follow’ kami untuk ketahui lebih banyak tip & info terkini mengenai komunikasi & multimedia. 

~consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)~