“Semasa proses pendaftaran, pelanggan perlu mengisi maklumat mandatory seperti nama dan nombor kad pengenalan. Pengguna perlu pergi ke pusat khidmat pelanggan penyedia perkhidmatan masing-masing, penjual atau ejen berdaftar dan membawa bersama kad pengenalan atau passport bagi tujuan pengesahan.” 

SETIAP telefon mudah alih memerlukan kad SIM untuk membuat panggilan, menghantar teks mesej serta melakukan pelbagai aktiviti komunikasi yang lain. SIM adalah singkatan bagi Modul Pengenalan Pelanggan dan secara lazimnya ia boleh didapati bersebelahan bateri di dalam telefon anda

Pendaftaran kad SIM adalah proses merekod dan mengesahkan nombor telefon mudah alih bersama-sama butiran peribadi pelanggan oleh penyedia perkhidmatan. Pada 2006, semua pengguna perkhidmatan telefon selular awam prabayar di Malaysia dikehendaki melakukan pendaftaran tanpa mengira kewarnegaraan masing-masing. Setiap nombor prabayar perlu didaftarkan sendiri oleh pemiliknya di kaunter peneyedia perkhidmatan masing-masing. Pendaftaran secara proksi adalah tidak dibenarkan.

Semasa proses pendaftaran, pelanggan perlu mengisi maklumat mandatory seperti nama dan nombor kad pengenalan. Pengguna perlu ke pusat khidmat pelanggan penyedia perkhidmatan masing-masing, penjual atau ejen berdaftar dan membawa bersama kad pengenalan atau passport bagi tujuan pengesahan. Salinan dokumen pengenalan adalah tidak dibenarkan semasa proses pengesahan. Pengguna juga harus sentiasa berhati-hati dalam melindungi maklumat peribadi dengan menyemak senarai ejen di laman web Penyedia Perkhidmatan agar dapat mengelak daripada berurusan dengan ejen yang tidak sah.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM), terdapat  beberapa sebab mengapa kita perlu bertindak sedemikian, antara dua sebab utama; pertama, untuk mengawal salah guna perkhidmatan telefon selular prabayar dan yang keduanya, untuk menangani masalah keselamatan.

Namun, tidak semua proses pendafataran dapat dilakukan dengan sempurna. Apabila proses pendaftaran tidak tepat atau maklumat yang diberkan tidak benar, maka ia akan dikategorikan sebagai Pendaftaran Palsu.  Ia biasanya berlaku apabila maklumat peribadi digunakan tanpa pengetahuan dan izin empunya diri.

Bagaimana pendaftaran palsu boleh berlaku? Pendaftaran palsu berlaku apabila ejen tidak mengamalkan etika yang baik dengan menyalahgunakan maklumat peribadi pelanggan yang sedia ada dan melakukan pendaftaran akaun baru tanpa pengetahuan pelanggan itu tadi. Selain daripada menggunakan maklumat pelanggan yang sedia ada, kebocoran maklumat sensitive daripada pihak ketiga boleh berlaku melalui pelbagai cara. Maklumat peribadi disalahguna, yang mana individu itu sebenarnya tidak pernah memohon khidmat daripada penyedia perkhidmatan itu tadi. Malahan, pendaftaran palsu sukar dikesan sehinggalah aduan mengenainya dibuat.

Kes-kes jenayah melibatkan penggunaan nombor-nombor prabayar untuk aktiviti-aktiviti tidak beretika berlaku lebih kerap daripada yang kita sangkakan. Oleh itu, kita tidak seharusnya memandang remeh terhadap kesannya dalam kehidupan. 

Antara contoh kes-kes jenayah ini termasuklah penipuan identity, komplot, pencurian identity, penyebaran mesej berbaur kebencian, penipuan wang dalam talian dan penculikan. Sudah tentu, terdapat beberapa peraturan yang telah ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan yang perlu dipatuhi bagi mengawal kebarangkalian berlakunya aktiviti jenayah. Mengikut Kod Amalan Am Pengguna(GCC), “penyedia perkhidmatan yang memasukkan, mennyenggara, mengguna atau menyebarkan maklumat individu yang dikenal pasti perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan maklumat itu adalah tepat, lengkap dan terkini untuk tujuan yang telah ditetapkan”. Dengan kata mudahnya, penyedia perkhidmatan perlu memastikan maklumat yang diterima daripada pelanggan sewaktu pendaftaran adalah tepat, lengkap dan terkini.

Apabila penipuan pendaftaran berlaku, penyedia perkhidmatan akan menjalankan siasatan terhadap dokumen yang diperlukan termasuk laporan polis, melihat semula kad pengenalan asal, akuan sumpah dan boring akuan penipuan.

Selain daripada tanggungjawab penyedia perkhidmatan, terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil oleh pengguna bagi mengelakkan berlakunya kejadian jenayah. Pengguna adalah digalakkan untuk sentiasa membaca soalan-soalan lazim(FAQ) bagi mendapat gambaran yang lebih jelas, serta membaca Terma dan Syarat-Syarat.

Source : SHOUT Q4 2013 , consumerinfo.my #CFMarticle #CFMmalaysia #fraudregistration

 * * * 

Anda suka artikel, tip ini? Kongsikan di FacebookTwitter, dan Instagram anda. ‘Follow’ kami untuk ketahui lebih banyak tip & info terkini mengenai komunikasi & multimedia. 

~consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)~