Terdapat pelbagai pilihan telefon bimbit, komputer riba dan tablet terpakai di pasaran. Berikut perkara yang anda perlu tahu apabila mahu membeli gajet terpakai.
Membeli gajet terpakai juga kadangkala berbaloi untuk mendapatkan akses kepada teknologi terkini. Banyak penjual yang beroperasi melalui forum dan laman web tempatan. Penting untuk pembeli mengelakkan diri daripada ditipu oleh golongan yang cuba mengambil kesempatan dengan menyamar sebagai penjual gajet terpakai. Dalam kebanyakan kes, anda perlu memeriksa gajet tersebut sendiri sebelum membelinya. Berikut adalah senarai semak apa yang anda perlu perhatikan sebelum anda membuat pembayaran. Jika penjual tidak boleh memberi jawapan yang memuaskan bagi soalan-soalan seperti di bawah atau seolah-olah mengelak, ia mungkin satu penipuan. Ingat, jika ragu-ragu, jangan beli. Pasti ada tawaran yang lebih baik di masa akan datang.
Sebelum Pembelian
Sebelum anda bersetuju untuk membeli, tanya seberapa banyak soalan yang anda boleh. Berikut adalah soalan yang paling penting:
1. Di mana anda beli gajet ini? Adakah anda mempunyai bukti pembelian? |
2. Adakah ia gajet original atau diimport? Berapa lama tempoh jaminan yang sah dan
Siapa yang bertanggungjawab ke atas jaminan itu? |
3. Mengapa anda jual gajet ini? |
4. Berapa lama gajet ini telah digunakan? |
5. Adakah terdapat apa-apa tanda calar pada selongsong? |
6. Adakah gajet ini pernah jatuh atau mengalami kerosakan disebabkan air sebelum ini? |
7. Pernahkah gajet ini dibaiki sebelum ini? Adakah terdapat bukti yang menunjukkan ia
berjaya dibaiki? |
Ketika Berjumpa
Jika semuanya ok dan penjual pun beri jawapan yang memuaskan, peringkat seterusnya adalah untuk anda periksa gajet yang ingin dibeli sebelum membuat bayaran. Sebaik-baiknya, bertemu di tempat awam seperti di kedai kopi dan ditemani oleh beberapa orang kawan. Berikut adalah apa yang perlu anda berikan perhatian:
1. Adakah semua aksesori yang dinyatakan dalam manual arahan gajet diberikan
kepada anda? |
2. Periksa gajet dengan teliti. Adakah terdapat sebarang calar atau bahagian kemek
yang tidak diberitahu sebelum ini |
3. Adakah gajet tersebut hidup dan boot seperti normal? |
4. Adakah paparan mempunyai pixel mati, berkelip atau perkara lain yang tidak normal? |
5. Periksa jika butang dan kekunci berfungsi atau jika terdapat perkara tidak normal
apabila ia dihidupkan. |
6. Periksa sama ada port pengecas berfungsi. Bawa power bank atau bertemu di tempat
yang ada sumber kuasa. |
7. Mainkan lagu untuk pastikan pembesar suara berbunyi. Bawa juga fon kepala untuk
menguji jek audio. |
8. Masukkan kad SIM dan lihat sama ada ia boleh membuat dan menerima panggilan. |
9. Semak kesahihan jaminan. Jika ia adalah satu gajet iOS, log masuk ke
checkcoverage.apple.com dan masukkan nombor IMEI gajet tersebut. Jika ia adalah gajet Android, anda perlu dapatkan no IMEI dari laman web atau talian hotline pengeluar untuk melihat jika jaminan itu adalah sah dan diterima di Malaysia. Dail * # 06 # ke dalam telefon untuk mendapatkan nombor IMEI itu. |
Sumber : SHOUT H2 2016 , consumerinfo.my #CFMarticle #CFMmalaysia