~MULA LATIH DIRI DENGAN TIPS KESELAMATAN SIBER~

OKTOBER : BULAN KESEDARAN KESELAMATAN SIBER

APAKAH ITU BULAN KESEDARAN KESELAMATAN SIBER?

Bulan Kesedaran Keselamatan Siber telah dimulakan di Amerika Syarikat pada tahun 2004. Ia dikenali sebagai Bulan Kesedaran Keselamatan Siber Nasional (NCSAM) dan diraikan pada setiap bulan Oktober. Pada tahun ini, NCSAM akan memasuki tahun ke-14 kewujudannya di sana. 

_____________________________________________________________

Tahun ini, NCSAM akan disambut dengan tema-tema mingguan berikut:

Minggu Tarikh Tema
1 2-6 Oktober,2017 Langkah Mudah ke Arah Keselamatan Atas Talian
2 9-13 Oktober,2017 Keselamatan Siber di Tempat Kerja adalah Tanggungjawab Semua 
3 16-20 Oktober,2017 Ramalan Hari Ini untuk Internet Hari Esok
4 23-27 Oktober,2017 Internet Perlukan ANDA: Pertimbangkan Kerjaya dalam Keselamatan Siber
5 30-31 Oc Oktober,2017 Melindungi Infrastruktur Kritikal daripada Ancaman Siber

Sejak beberapa tahun lalu, Bulan Kesedaran Keselamatan Siber telah menerima pengiktirafan global dan negara-negara seperti Kanada, Norway dan negara-negara Eropah yang lain juga sudah mula memerhatikan kepentingan bulan tersebut. Pada dasarnya, Bulan Kesedaran Keselamatan Siber diadakan untuk memaklumkan dan meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya keselamatan siber kepada orang ramai.

Walaupun jenayah siber jarang sekali didengari di Malaysia seperti di negara lain, sekurang-kurangnya ia sesuatu yang amat berguna untuk kita mengetahui tentang langkah-langkah mudah ke arah penggunaan internet yang lebih selamat. Halangan perbezaan ruang masa global menjadi semakin kabur dan tidak lama lagi rakyat Malaysia juga akan berhadapan dengan ledakan perhubungan digital. Jadi, ia adalah sangat penting untuk setiap orang memainkan peranan dalam menjadikan internet sebagai tempat yang lebih selamat.

TIPS KESELAMATAN UNTUK PERANTI MUDAH ALIH ANDA 
1) PASTIKAN PERANTI MUDAH ALIH DAN APLIKASI ANDA SENTIASA DIKEMAS KINIPeranti mudah alih juga bersifat mudah diserang seperti komputer riba dan PC. Perkara terbaik yang anda boleh lakukan untuk memastikan sistem peranti anda dilindungi adalah dengan mengemas kini perisian dan aplikasi mudah alih secara berkala.
2) BERHATI – HATI DENGAN RISIKO WI-FI PERCUMAWi-Fi awam dan hotspot sebenarnya tidak selamat dan berpotensi untuk mendedahkan semua aktiviti atas talian anda. Elakkan log masuk atau memberikan akaun sulit anda seperti e-mel dan e-dagang kepada sumber yang tidak dipercayai . Untuk lebih selamat, gunakan data anda sendiri atau rangkaian yang dipercayai sahaja.
3) HADKAN AKSES KEPADA APLIKASISesetengah aplikasi memerlukan anda untuk memberi maklumat tentang senarai kenalan, lokasi dan galeri anda. Fikirkan sebelum memberikan akses kepada maklumat sulit anda dan pastikan bahawa aplikasi itu dipercayai.

TIPS KESELAMATAN UNTUK KOMPUTER ANDA 
1) PASTIKAN SEGALA-GALANYA SENTIASA DIKEMAS KINIPastikan sistem pengendalian komputer anda dikemas kini. Kemas kini adalah sangat perlu untuk menangani masalah ketidakserasian program dan sebarang kesilapan sertakelemahan berkaitan keselamatan. Kemas kini yang berkala atau secara automatik bolehmembantu mengelakkan sebarang akses tanpa kebenaran atau kecurian maklumat.
2) GUNAKAN PERISIAN ANTI – VIRUSDengan menggunakan perisian anti-virus, anda boleh menghalang virus daripada menjangkiti komputer riba atau PC anda. Anda perlu sentiasa ingat untuk mengemaskini komputer anda secara berkala supaya anda dapat menerima perlindungan yang optimum.
3) AKTIFKAN FIREWALL ANDAFirewall adalah penghadang utama bagi pertahanan atas talian. Ia berfungsi sebagai penghalang antara rangkaian yang dipercayai dan tidak dipercayai dengan menyekat sambungan dari mana-mana laman yang tidak diketahui atau berbahaya di samping dapat menghalang virus. Firewall juga melindungi anda dari mana-mana percubaan tanpa kebenaran untuk mengakses komputer anda.

Sumber : SHOUT Q3 2017consumerinfo.my #CFMarticle  #CFMmalaysia  #CFMshout #digitallifestyle #safetyonline #tips

   

 ~MULA LATIH DIRI DENGAN TIPS KESELAMATAN SIBER~

OKTOBER : BULAN KESEDARAN KESELAMATAN SIBER

APAKAH ITU BULAN KESEDARAN KESELAMATAN SIBER?

Bulan Kesedaran Keselamatan Siber telah dimulakan di Amerika Syarikat pada tahun 2004. Ia dikenali sebagai Bulan Kesedaran Keselamatan Siber Nasional (NCSAM) dan diraikan pada setiap bulan Oktober. Pada tahun ini, NCSAM akan memasuki tahun ke-14 kewujudannya di sana. 

_____________________________________________________________

Tahun ini, NCSAM akan disambut dengan tema-tema mingguan berikut:

Minggu Tarikh Tema
1 2-6 Oktober,2017 Langkah Mudah ke Arah Keselamatan Atas Talian
2 9-13 Oktober,2017 Keselamatan Siber di Tempat Kerja adalah Tanggungjawab Semua 
3 16-20 Oktober,2017 Ramalan Hari Ini untuk Internet Hari Esok
4 23-27 Oktober,2017 Internet Perlukan ANDA: Pertimbangkan Kerjaya dalam Keselamatan Siber
5 30-31 Oc Oktober,2017 Melindungi Infrastruktur Kritikal daripada Ancaman Siber

Sejak beberapa tahun lalu, Bulan Kesedaran Keselamatan Siber telah menerima pengiktirafan global dan negara-negara seperti Kanada, Norway dan negara-negara Eropah yang lain juga sudah mula memerhatikan kepentingan bulan tersebut. Pada dasarnya, Bulan Kesedaran Keselamatan Siber diadakan untuk memaklumkan dan meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya keselamatan siber kepada orang ramai.

Walaupun jenayah siber jarang sekali didengari di Malaysia seperti di negara lain, sekurang-kurangnya ia sesuatu yang amat berguna untuk kita mengetahui tentang langkah-langkah mudah ke arah penggunaan internet yang lebih selamat. Halangan perbezaan ruang masa global menjadi semakin kabur dan tidak lama lagi rakyat Malaysia juga akan berhadapan dengan ledakan perhubungan digital. Jadi, ia adalah sangat penting untuk setiap orang memainkan peranan dalam menjadikan internet sebagai tempat yang lebih selamat.

TIPS KESELAMATAN UNTUK PERANTI MUDAH ALIH ANDA 

1) PASTIKAN PERANTI MUDAH ALIH DAN APLIKASI ANDA SENTIASA DIKEMAS KINI

Peranti mudah alih juga bersifat mudah diserang seperti komputer riba dan PC. Perkara terbaik yang anda boleh lakukan untuk memastikan sistem peranti anda dilindungi adalah dengan mengemas kini perisian dan aplikasi mudah alih secara berkala.

2) BERHATI – HATI DENGAN RISIKO WI-FI PERCUMA

Wi-Fi awam dan hotspot sebenarnya tidak selamat dan berpotensi untuk mendedahkan semua aktiviti atas talian anda. Elakkan log masuk atau memberikan akaun sulit anda seperti e-mel dan e-dagang kepada sumber yang tidak dipercayai . Untuk lebih selamat, gunakan data anda sendiri atau rangkaian yang dipercayai sahaja.

3) HADKAN AKSES KEPADA APLIKASI

Sesetengah aplikasi memerlukan anda untuk memberi maklumat tentang senarai kenalan, lokasi dan galeri anda. Fikirkan sebelum memberikan akses kepada maklumat sulit anda dan pastikan bahawa aplikasi itu dipercayai.

TIPS KESELAMATAN UNTUK KOMPUTER ANDA 

1) PASTIKAN SEGALA-GALANYA SENTIASA DIKEMAS KINI

Pastikan sistem pengendalian komputer anda dikemas kini. Kemas kini adalah sangat perlu untuk menangani masalah ketidakserasian program dan sebarang kesilapan sertakelemahan berkaitan keselamatan. Kemas kini yang berkala atau secara automatik bolehmembantu mengelakkan sebarang akses tanpa kebenaran atau kecurian maklumat.

2) GUNAKAN PERISIAN ANTI – VIRUS

Dengan menggunakan perisian anti-virus, anda boleh menghalang virus daripada menjangkiti komputer riba atau PC anda. Anda perlu sentiasa ingat untuk mengemaskini komputer anda secara berkala supaya anda dapat menerima perlindungan yang optimum.

3) AKTIFKAN FIREWALL ANDA

Firewall adalah penghadang utama bagi pertahanan atas talian. Ia berfungsi sebagai penghalang antara rangkaian yang dipercayai dan tidak dipercayai dengan menyekat sambungan dari mana-mana laman yang tidak diketahui atau berbahaya di samping dapat menghalang virus. Firewall juga melindungi anda dari mana-mana percubaan tanpa kebenaran untuk mengakses komputer anda.

Sumber : SHOUT Q3 2017consumerinfo.my #CFMarticle  #CFMmalaysia  #CFMshout #digitallifestyle #safetyonline #tips

 * * * 

Anda suka artikel, tip ini? Kongsikan di FacebookTwitter, dan Instagram anda. ‘Follow’ kami untuk ketahui lebih banyak tip & info terkini mengenai komunikasi & multimedia. 

~consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)~