1.   Apa itu 3G Sunset?

Sebagai sebahagian daripada inisiatif JENDELA atau Jalinan Digital Negara, satu rancangan komprehensif infrastruktur yang bertujuan untuk memenuhi keperluan dan permintaan yang timbul bagi menambahbaik kualiti liputan jalur lebar tetap dan mudah alih terutamanya semasa pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 3G Sunset adalah penghentian secara beransur – ansur semua rangkaian 3G di Malaysia. Inisiatif ini akan membolehkan pengendali rangkaian mudah alih (MNO), iaitu Celcom Axiata Berhad (“Celcom”), Digi Telecommunications Sdn Bhd (“Digi”), Maxis Berhad (“Maxis”) dan U Mobile Sdn Bhd (“U Mobile”) mengaktifkan dan memberikan pengalaman rangkaian 4G yang lebih pantas dan lebih baik menjelang Disember 2021.

2. Dengan 3G Sunset ianya akan membolehkan infrastruktur dan liputan rangkaian 4G yang lebih luas yang seterusnya akan menambah baik di dalam perkara berikut:

• Kualiti perkhidmatan yang lebih baik dalam melayari internet, penstriman video dan perkhidmatan dalam talian

• Kelajuan data lebih tinggi

• Kependaman rangkaian yang kurang

• Peningkatan kebolehpercayaan dan kestabilan rangkaian

• Meningkatkan kualiti pengalaman dalam talian.

3.   Apa itu VoLTE?

VoLTE ialah “Voice Over LTE”. Teknologi ini membolehkan anda menikmati panggilan berkualiti tinggi di rangkaian 4G LTE. 4G VoLTE membolehkan panggilan definisi tinggi dan anda boleh bercakap dan melayari internet pada masa yang sama di rangkaian anda dengan VoLTE.

4.   Bagaimana 3G Sunset akan memberi kesan kepada saya?

Penghentian secara beransur – ansur semua rangkaian 3G akan memberi kesan semua peranti yang tidak serasi dengan 4G atau lebih tinggi. Sebaiknya pengguna perlu memastikan peranti anda tidak hanya serasi dengan 4G tetapi juga serasi dengan 4G VoLTE bagi membolehkan anda membuat panggilan melalui rangkaian 4G LTE.

5.   Bagaimana saya tahu jika peranti saya serasi dengan 4G VoLTE?

Pertama sekali, untuk periksa samada peranti anda serasi dengan 4G atau tidak, anda boleh melihat pada bar isyarat rangkaian dengan memastikan ikon ‘4G’ tertera. Kemudian, periksa samada peranti anda serasi dengan 4G VoLTE atau tidak melalui arahan dibawah:

Untuk peranti Android:

Pergi ke Tetapan > Rangkaian Mudah Alih > Mod Rangkaian. Disini peranti anda terdapat pilihan untuk memilih mod 4G/LTE. Jika mod tersebut tersenarai, peranti ada boleh aktifkan 4G VoLTE.

Untuk peranti iPhone:

Pergi ke Tetapan> Data Mudah Alih> Pilihan Data Mudah Alih> Suara & Data> Aktifkan VoLTE. Disini jika anda dapat lihat pilihan Aktifkan 4G LTE, peranti anda serasi dengan 4G. Anda boleh pilih pilihan 4G VoLTE untuk mengaktifkannya.

Untuk peranti Windows:

Pergi ke Tetapan > Selular + Sim > Kelajuan sambungan tertinggi. Disini anda akan nampak LTE tertera didalam senarai. Jika pilihan LTE tertera, ia bermaksud peranti anda adalah serasi dengan 4G dan anda boleh pilih untuk mengaktifkan rangkaian 4G.

6.   Bagaimana saya boleh membeli peranti yang serasi dengan 4G VoLTE?

Sebelum membeli sebarang peranti, anda boleh meminta penjual untuk menunjukkan kepada anda peranti yang serasi dengan 4G VoLTE. Kebanyakkan jenama mempunyai peranti yang serasi dengan 4G VoLTE, berikut adalah senarai peranti serasi 4G VoLTE yang tidak menyeluruh:

* * *

Share this post if you liked it and follow us on Facebook, Twitter, and Instagram to stay up to date with the latest tips on Communications & Multimedia.

~consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)~