Dengan perkembangan semasa Covid-19 yang agak tidak menentu, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah bermula pada 14 Jun 2021 dan telah dilanjutkan sehingga 31 Ogos yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin. Kami di Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) ingin berkongsi tip kawal kendiri yang akan membantu sesi PdPR anda berjalan dengan lancar seperti di bawah:
Tingkatkan Kelajuan Internet Pada Peranti Anda
Tip 1: Bersihkan ‘cache’ pada aplikasi
Apa itu Cache? Cache adalah proses menyimpan data sementara sehingga aplikasi yang menggunakan data tersebut tidak perlu memuaturun data tersebut berulang kali. Cache berfungsi untuk mempercepatkan akses kepada data dan mengurangkan masa menunggu apabila menggunakan aplikasi. Ada berlaku situasi dimana data di dalam cache ini adalah maklumat peribadi pengguna dan perlu dilindungi dari diakses oleh pihak lain.
Bersihkan (clear) ‘cache’ pada aplikasi yang ada pada telefon mudah alih anda terutama sekali aplikasi yang menggunakan internet.
*Pada Android: Settings > Apps > pilih aplikasi yang kerap digunakan > Paparan App info > Storage > Cache > Clear Cache
*Pada iPhone: Settings > General > iPhone Storage > Pilih Aplikasi yang anda mahu ‘Offload’ dan pilih ‘Offload’
Tip 2: Periksa Kelajuan Internet
- Kenal pasti ujian kelajuan internet rasmi penyedia perkhidmatan anda.
- Ikut arahan yang diberikan untuk menguji kelajuan internet anda.
- Rekod hasil ujian kelajuan tersebut, sebaiknya dengan tangkapan skrin. Namakan tangkapan skrin dengan tarikh dan masa anda menjalankan ujian tersebut supaya mudah untuk dikenalpasti.
- Ulang semula langkah 2 & 3 beberapa kali menggunakan komputer atau peranti yang sama setiap kali dengan menggunakan ujian kelajuan internet yang sama.
- Sebelum memulakan ujian kelajuan tersebut, sila pastikan anda mengikuti langkah berikut:
- Hentikan semua program pada peranti yang menggunakan internet (sebarang program yang memerlukan internet akan menjejaskan hasil ujian).
Anda disarankan untuk membuat sambungan terus ke modem dan tidak menggunakan sebarang router (supaya router tidak menyebabkan sebarang masalah kelajuan)
Tip 3: Periksa Penggunaan Mobile Data:
- Pada iPhone: Settings > Mobile Data – Jumlah data yang telah digunakan akan dipaparkan di tempoh semasa dan jumlah data digunakan setiap aplikasi akan dipaparkan dibawah
- Pada Android: Settings > Network & Internet > Data Usage – Pilih aplikasi yang anda mahukan untuk melihat pecahan setiap aplikasi
- Pada Huawei: Phone Manager > Data Usage
Tip 4: 5 Langkah Mencegah Peranti Anda Dari Terlebih Panas
- Elakkan telefon anda dari cahaya matahari
- Suhu dalaman peranti berkait rapat dengan suhu persekitaran jadi semakin lama telefon anda terdedah pada sinaran matahari, semakin tinggi risiko ia menjadi panas.
- Sehebat mana pun telefon anda, ia tidak sekuat sinar matahari jadi jauhi daripadanya adalah cara termudah untuk mencegah telefon anda daripada panas berlebihan.
- Biarkan telefon anda ‘bernafas’
- Peranti akan menjadi lebih panas daripada biasa ketika ia dicas, jadi adalah lebih baik untuk anda mencabut bekas pelindung telefon anda kerana bekas pelindung telefon mengehadkan pelepasan haba semasa mengecas.
- Jika anda mempunyai kebiasaan meninggalkan peranti di bawah bantal, tinggalkan tabiat itu kerana ia boleh menyebabkan peranti menjadi panas berlebihan dan boleh mengundang kepada berlakunya kebakaran.
- Cas telefon anda di dalam bilik yang mempunyai pengudaraan yang baik dan elakkan daripada menggunakan telefon semasa mengecas.
- Gunakan pengecas ‘original’
- Sentiasa gunakan pengecas dan bateri yang asli daripada pengeluar asal bagi memastikan peranti anda berfungsi lebih baik dan lebih lama.
- Kemaskini perisian dan aplikasi anda
- Mengemas kini aplikasi di peranti dapat membantu telefon anda dari segi kecekapannya dan memperbetulkan sebarang kelemahan yang wujud sebelumnya dan dapat meningkatkan prestasi peranti anda.
- Malware (perisian hasad) adalah punca haba berlebihan pada telefon anda. Oleh itu, sentiasa pastikan perisian yang anda gunakan adalah yang terkini supaya dapat melindungi telefon anda daripada sebarang malware. Dengan mengemas kini aplikasi, ia dapat memastikan kelancaran operasi telefon anda.
- Jangan biarkan telefon anda ‘bekerja keras’
- Tutup aplikasi yang tidak digunakan pada peranti anda.
- Tutup perkhidmatan lokasi, Bluetooth dan Wi-Fi apabila tidak digunakan.
Menurunkan kadar kecerahan telefon anda juga merupakan idea yang baik. Dapatkan pelindung skrin anti-silau supaya kadar kecerahan telefon boleh diturunkan jika perlu menggunakan telefon di bawah cahaya yang terang.