• LATAR BELAKANG PROJEK YANG DIJALANKAN?
    Saya mengambil nisiatif untuk membudayakan kemahiran melukis dalam membentuk generasi celik kemahiran komunikasi visual. Generasi kini dan seterusnya perlu diperlengkapkan dengan kemahiran komunikasi visual bagi memastikan komunikasi efektif dapat dicapai secara optimum. Seterusnya menyumbang kepada produktiviti. Saya mewujudkan aktiviti inisiatif ini sejak tahun 2007 melalui penghasilan buku di peringkat kebangsaan dan antarabangsa berkaitan teknik melukis mudah seperti Sketching Masterclass, Sketching Basics, Visual Presentation dan Siri Buku Jom Melukis. Sketching Masterclass (telah dialih kepada bahasa Jepun). Tiga daripada buku tersebut
    telah memasuki pasaran Amerika Syarikat dan Eropah.
  • BAGAIMANA CARA UNTUK MELAHIRKAN LEBIH RAMAI INDIVIDU SEPERTI DR.?
    Saya berasal dari Terengganu dan belajar di beberapa sekolah rendah di Terengganu. Seterusnya, saya menyambung pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Saya beruntung diberi peluang untuk mendapat pendidikandalam perspektif yang amat berbeza. Di MCKK, kami diberi pendedahan tentang kejayaan bekas pelajar di  peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Pendedahan ini membuatkan saya menjadi lebih dinamik tentang sesuatu perkara. Apa yang saya cuba ketengahkan adalah anak-anak muda perlu diberikan peluang untuk mengenal lebih dekat individu yang berjaya ini dengan lebih dekat. Saya cadangkan diwujudkan program mentor yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Ianya perlu dibuat secara program jangka masa panjang (10-20 tahun) di mana anak-anak muda ini didik oleh mentor yang terpilih untuk program tersebut.

  • APA PROJEK DALAM TALIAN YANG DIJALANKAN?
    Saya juga bermula dengan beberapa buah projek dalam talian seperti penghasilan blog: freedrawinglesson.blogspot.com yang dilancarkan pada tahun 2008 untuk kegunaan pelajar belajar melukis secara dalam talian. Usaha ini diteruskan sehingga kini. Setakat 9 Ogos 2016, blog ini telah mempunyai seramai 326 pengikut dan views melebihi 2 juta. Pada tahun 2009, saya wujudkan saluran “miandza” di YouTube untuk mengembangkan kemahiran melukis kepada lebih ramai orang di seluruh dunia. Lebih 800 demo video telah dihasilkan oleh saya dan sebanyak 4.7 juta views dicapai. Seramai 20,777 turut melanggannya. Pada 2010, laman Facebook, freedrawinglessons diwujudkan bagi membolehkan lebih ramai orang dihubungkan dengan pengetahuan dan kemahiran melukis. Hasilnya seramai 16,000 lebih pengikut berjaya dikumpulkan dan jumlah tersebut terus meningkat. Manakala, di Facebook (drawzania) hampir 4000 orang. Pada tahun ini, salah satu demo video yang saya hasilkan menjadi viral di Facebook, di seluruh dunia terutamanya di Amerika Latin. Pada tahun 2014, saya menghasilkan satu platform e-pembelajaran secara komprehensif iaitu platform www.drawzania.com dengan dana e-content Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Visi platform ini adalah untuk menjadi rujukan utama dunia dalam e-pembelajaran bagi teknik melukis menggunakan video demo. Setakat ini, platform yang disediakan telah berjaya menghasilkan sebanyak 3000 video demo yang merangkumi 14 kategori utama. Sehingga kini, hampir 2000 orang telah berdaftar menggunakan platform ini.
  • TANPA TEKNOLOGI KITA AKAN…?
    Lebih perlahan dalam melakukan sebarang aktiviti terutama melibatkan hal-hal yang kompleks.
  • BUKU WAJIB BACA 
    Visual Meetings and Visual Leaders oleh David Sibbet.
  • MEMBELI BELAH SECARA DALAM TALIAN MEMUDAHKAN HIDUP KITA, DR. SETUJU? KENAPA?
    Setuju. Menjimatkan masa, capaian barangan yang diperlukan lebih besar dan jimat kos (tetapi perlu dibuat secara berhemah).
  • LIMA BARANG YANG DIBELI SECARA DALAM TALIAN?
    Buku, pendaftaran keahlian, software dan aplikasi.

Sumber : SHOUT H1 2016, consumerinfo.my #interaksi #CFMmalaysia  #CFMshout