Pelbagai cerita tentang akaun peribadi pengguna seperti emel atau Facebook mereka digodam dan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab hingga ada kes yang terpaksa dibawa ke mahkamah untuk diselesaikan. Kebanyakan perkhidmatan atas talian seperti emel dan Facebook mempunyai tahap keselamatan tersendiri. Untuk log masuk ke laman sesawang, hanya masukkan kata laluan anda dan anda telah berjaya masuk ke laman tersebut. Namun, jika ada yang mengetahui kata laluan anda mereka juga boleh mengakses akaun anda. Bagi memastikan akaun anda lebih selamat daripada diceroboh pihak ketiga, pengesahan dwi-faktor adalah satu langkah tambahan bagi keselamatan akaun anda. Langkah ini berkesan kerana anda memerlukan pengesahan fizikal (sesuatu yang anda miliki) iaitu melalui telefon pintar anda dan pin tambahan. Tanpa kedua-duanya, anda tidak dapat masuk ke akaun tersebut. Walaupun langkah ini agak menyusahkan kepada pengguna, ia menjadikan penggodam lebih sukar untuk mengakses akaun anda walaupun mereka berjaya mencuri kata laluan anda. Ikuti bagaimana langkah untuk mengaktifkan dwi-pengesahan bagi perkhidmatan atas talian yang paling popular… 

 LANGKAH  1 

Log masuk ke Facebook anda dan klik pada ‘chevron’ di sudut kanan bahagian atas. Klik pada tab Tetapan 

LANGKAH 2 

Dalam menu Tetapan, klik pada tab Keselamatan. Pilih dan aktifkan Kelulusan Log Masuk. Kemudian pilih dan aktifkan pilihan Penjana Kod. 

LANGKAH 3 

Dalam aplikasi Facebook terpasang pada peranti mudah alih anda, di bawah menu Bantuan & Tetapan, klik pada pilihan Penjana Kod untuk mendapatkan kod pengesahan anda untuk log masuk seterusnya. Akaun Facebook anda kini lebih selamat! 

LANGKAH  1 

Pengesahan dwi-faktor untuk akaun Microsoft anda merangkumi semua perkhidmatan di dalamnya dan bukan hanya Outlook. Untuk mengaktifkannya, log masuk ke akaun Microsoft anda seperti biasa. 

LANGKAH 2 

Di bawah tab Keselamatan dan Privasi, lihat senarai Akaun keselamatan dan klik pada Mengurus keselamatan lengkap 

LANGKAH 3 Pilih dwi-pengesahan dalam menu. Ubah pilihan anda jika anda mahu menerima kod pengesahan melalui aplikasi, nombor telefon atau alamat e-mel sokongan.

LANGKAH 1 

Log masuk ke akaun Akaun Google anda. Klik pada ikon profil dan klik tab Akaun pada menu 

LANGKAH 2

 Pada Akaun, klik tab Keselamatan kemudian klik pada dwi-pengesahan 

LANGKAH 3

Ikuti prosesnya mengikut langkah yang diberikan. Bagi pengguna Android, anda boleh memasang Aplikasi Pengesahan Google agar boleh menjana kod unik sebagai ganti daripada mendapatkannya melalui SMS. Selepas ini, anda boleh mendapatkan kod pengesahan melalui SMS atau aplikasi untuk log masuk. Akaun anda kini lebih selamat! 

Sumber : SHOUT Q4 2014, consumerinfo.my #CFMarticle  #CFMmalaysia  #CFMshout #MediaSosial

 * * * 

Anda suka artikel, tip ini? Kongsikan di FacebookTwitter, dan Instagram anda. ‘Follow’ kami untuk ketahui lebih banyak tip & info terkini mengenai komunikasi & multimedia. 

~consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)~