Kini, kebanyakan kita selesa dengan kelajuan 4G yang telah dimiliki. Memandangkan kelajuan datanya berada dalam keadaan cukup baik dan terdapat pelbagai pelan data yang berbeza sehingga membuatkan kita dilema untuk membuat pilihan, agak sukar untuk membayangkan ada lagi rangkaian yang lebih cepat tetapi dalam masa yang sama lebih murah. Dunia mudah alih kini sangat teruja dengan kehadiran rangkaian 5G, dan pada masa akan datang kelajuan yang melebihi 10 Gbps (Gigabits sesaat) besar kemungkinan tidak akan didengari lagi.
5G adalah generasi kelima kepada rangkaian selular. Berikut adalah pecahan untuk membandingkannya dengan rangkaian terdahulu:
1G | 2G | 3G | 4G |
1G adalah mengenai suara (selular analog) |
2G, yang juga generasi pertama teknologi selular digital, membolehkan untuk suara dan teks |
3G adalah mengenai suara + teks + data, dan pada ketika ini, kita dapat mencapai kelajuan dari 200 Kbps ke beberapa Mbps |
Teknologi 4G lebih cepat, dan rangkaian ini sedang berkembang kepada LTEAdvanced (LTE-A) dan LTE Advanced Pro (LTE-A Pro) |
~Perbandingan antara teknologi mobiliti 1G, 2G, 3G, 4G ~
LTE-A Pro dengan jayanya menawarkan kelajuan data 3 Gbps, namun begitu penggunaan komersil LTE-A Pro sepenuhnya ada ketika masih tidak boleh didapati. Menurut Deloitte Global, ia akan tersedia secara komersial menjelang akhir tahun 2017, namun tidak semua syarikat telco akan menawarkannya. Bagaimanapun, dunia telah pun mula mengambil langkah yang diperlukan untuk pra-5G.
BILAKAH 5G AKAN TIBA?
Tidak ada kenyataan rasmi mengenai bilakah standard teknologi 5G yang baharu akan tiba, jadi peralihan itu tidak akan berlaku dengan pantas. Merujuk Laporan Mobiliti Ericsson, kadar penggunaan jalur lebar mudah alih 5G dijangka akan menyamai dengan LTE, dan pelancarannya akan bermula di kawasan metro utama, mencapai liputan sekitar 15 peratus populasi menjelang 2022. Revolusi 5G bukan sekadar menawarkan kelajuan data yang lebih pantas ke telefon anda. Tidak lama lagi, peranti di rumah kita akan saling berhubung, dan semua yang di atas jalan akan berkomunikasi! Kereta tanpa pemandu akan berinteraksi antara satu sama lain untuk menawarkan keselamatan yang lebih baik.
Maklumat (kebolehan) seperti ini bergerak dalam paket data yang kecil , namun perlu dilakukan dengan seberapa segera. Di sinilah kelebihan 5G – ia menawarkan tempoh pendaman (masa yang diambil untuk data paket bergerak dari satu titik ke titik yang lain) yang sangat pendek. Mengikut kecanggihan yang terdapat pada rangkaian 5G, pelaksanaan teknologi 5G memerlukan peningkatan infrastruktur secara besarbesaran.
Contoh situasi evolusi penggunaan dan teknologi rangkaian sokongan:
Perkhidmatan semasa | Menuju 5G | Pengalaman 5G | |
Jalur lebar mudah alih yang dipertingkatkan
|
Carian, media sosial, muzik, video | ‘Akses Tanpa Wayar Tetap’, konsert ‘live’ dan acara sukan yang interaktif | Video 4K/8K, permainan AR/VR mudah alih, media ‘hidup’ |
Automotif
|
Hotspot Wi-Fi, data peta GPS atas permintaan | Penyelenggaraan kenderaan yang tersusun, menangkap data sensor dalam masa sebenar untuk perkhidmatan yang berbeza | Kawalan kenderaan sepenuhnya, sistem mengelak perlanggaran yang efektif, pengesan pengguna jalan raya yang telus |
Industri pembuatan
|
Barangan saling berhubung, komunikasi perusahaan antara syarikat | Automasi proses dan pengurusan aliran, pengawasan jarak jauh dan kawalan mesin dan bahan | Robot kawalan jauh, sokongan realiti gabungan dalam latihan, penyelenggaraan, pembinaan, dan pembaikan |
Tenaga dan utiliti
|
Pemeteran pintar, grid yang dinamik dan dwiarah | Pengurusan sumber tenaga diagih, sistem automasi pengedaran | Kawalan generasi era grid, loji tenaga maya, pengimbangan beban masanyata |
Penjagaan kesihatan |
Pemantauan pesakit jarak jauh, ambulan saling berhubung, rekod kesihatan elektronik | Pembedahan jarak jauh (telesurgery), rawatan bantuan perubatan realiti gabungan | Ketepatan dalam perubatan, pembedahan robotik jarak jauh |
Teknologi rangkaian |
-Rangkaian pelbagai standard -Cat-M1/NB-IoT -Fungsi rangkaian perkhidmatan ‘cloud’ yang dioptimumkan -Perancangan VNF | -LTE berstatus Gigabit -Penggunaan MIMO secara besar-besaran -Pelbagai rangkaian maya -Servis perancangan dinamik – Analisis jangkaan | -‘Radio Baru’ (New Radio – NR)-RAN maya -Pelbagai rangkaian maya bersekutu -Perkhidmatan awan yang diagihkan -Mesin pembelajaran masa sebenar/AI |
ADAKAH 5G BAKAL BERADA DI MALAYSIA?
Pada Mei lalu, Celcom Axiata Berhad telah bekerjasama dengan penyedia teknologi komunikasi, Ericsson untuk menjalankan percubaan teknologi 5G. Kedua-dua syarikat telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) 5G pada awal Februari 2017.
Percubaan itu adalah yang pertama dilakukan pada jalur 28GHz di Asia Tenggara. Ia juga menampilkan Prototaip Radio 5G dari Ericsson yang mampu mencapai daya pemprosesan sehingga 18 Gbps dan kependaman serendah 3 milisaat. Sewaktu percubaan, kedua-dua syarikat juga menunjukkan contoh penggunaan 5G di masa depan seperti kawalan robotik, persekitaran yang berhubung, realiti maya, Internet Segalanya (IoT) dan banyak lagi.
Sebelum ini, Celcom juga telah mengumumkan perkhidmatan Lightning Fast LTE mereka yang terhasil berdasarkan rangkaian LTE-A Pro dan mula tersedia pada bulan Ogos. Untuk menikmati kelajuan sehingga 400 Mbps yang ditawarkan, pengguna perlu menaik taraf peranti mudah alih mereka kepada model terbaharu yang menyokong 4×4 MIMO (multiple-input and multiple-output), contohnya seperti Samsung Galaxy S8 / S8 +.
Perkembangan digitalisasi tidak dapat dielakkan dan evolusi dalam industri komunikasi yang akan sentiasa terus berlaku, begitu jugalah permintaan pengguna dalam negara ini. Setakat ini, masa depan 5G di Malaysia kelihatan cerah dan meyakinkan. Apa yang boleh kita harapkan sekarang dari teknologi ini adalah semua hal dalam kehidupan seharian akan berlaku dengan sangat-sangat pantas.
Sumber : SHOUT Q3, 2017, consumerinfo.my #CFMarticle #CFMmalaysia #CFMshout2017 #mediasosial #5G #mobile #internet #speed

1G |

2G |

3G |

4G |