“Buat makluman, hasil dari kaji selidik ini akan di bawa dalam perbincangan  bersama pihak penyedia perkhidmatan(TELCO) dan juga badan-badan yang berkepentingan. Ini adalah selaras dengan keperluan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) untuk memudahkan kawal selia kendiri industri dan juga visi CFM untuk menjadi pemangkin kepada pembangunan persekitaran pengguna yang kondusif dalam industri Komunikasi & Multimedia (K&M)”

Mengenai CFM :

CFM ditubuhkan pada bulan Februari 2001 sebagai sebuah persatuan yang mewakili semua pihak yang berkaitan, termasuk pihak yang terbabit dengan “bekalan dan permintaan” dalam industri komunikasi dan multimedia.  CFM ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai Forum Komunikasi dan Multimedia pada 2002 untuk melindungi hak pengguna dalam sektor tersebut.  Ini adalah selaras dengan keperluan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) untuk memudahkan kawal selia kendiri industri.

#HakAndaKeutamaanKami