UJI INTERNET ANDA |
Anda boleh layari laman sesawang / aplikasi ini :
Atau anda boleh buat ujian di laman sesawang Penyedia Perkhidmatan anda. |
MEMAHAMI UJIAN INTERNET |
· Kelajuan Muat turun : Mengukur kelajuan data dipindahkan dari laman sesawang ke peranti anda. Lebih tinggi lebih baik.· Kelajuan Muat Naik : Mengukur kelajuan data yang dipindahkan dari peranti ke laman sesawang anda. Lebih tinggi lebih baik.· Signal (Kualiti Sambungan Internet) : Mengukur jangkamasa tindakbalas antara internet dengan peranti. Lebih rendah lebih baik. |
APAKAH FAKTOR MEMPENGARUHI KELAJUAN INTERNET? |
1. Peranti/aplikasi/pelayan-web – CPU, jumlah memori, penggunaan pelbagai aplikasi, ‘cache’, dan lain-lain. 2. Sambungan antara peranti dengan internet – Mungkin berlaku gangguan pada WiFi atau kabel tidak disambungkan dengan betul atau rosak 3. “Adware/Spyware” atau “Malware” – Salah satu punca yang menyebabkan bandwidth / kelajuan internet anda berkurangan 4. “Router” – Peranti / perisian lama selalunya agak lambat dalam mengendalikan sambungan internet berkelajuan tinggi 5. Pengendali Pelayan(server) – Laman sesawang yang sedang diakses mungkin berhadapan dengan isu ‘bandwidth’ dan menyebabkan capaian menjadi sesak. |
BANDINGKAN SAMBUNGAN INTERNET ANDA |
Bandingkan kelajuan internet anda dengan pengguna lain menggunakan laman sesawang / aplikasi ini :
|
PENAMBAHBAIKAN SAMBUNGAN INTERNET ANDA |
Ingin menambah kelajuan? Sila cuba tip-tip ini : 1. “Reboot” peranti/router anda. 2. Imbas (“Scan”) peranti anda dari ancaman “adware/spyware/malware” 3. Kemaskini perisian dan/atau Sistem Operasi 4. Tukar kata laluan “router” anda 5. Hubungi pakar teknikal Jika semua langkah-langkah ini tidak berjaya, tutup semua peranti anda dan luangkanlah masa bersama orang tersayang . Selalunya, ini lebih bermakna! |
Mencari Pakej Internet dengan Kelajuan yang Pantas? Penstriman Filem, muat turun lagu-tidak kira bagaimana anda menggunakan Internet, KAMI sedia membantu anda dengan senarai-pakej Internet berkelajuan tinggi untuk pilihan anda. Klik di sini Pilihan Di Tangan Anda! #GetSmarterWithconsumerinfo #BeAsmartTelcoUser #PilihanDiTanganAnda |