CYBERJAYA, 10 NOV 2021 – Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia (CFM) mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan dan syarikat penyedia perkhidmatan yang terlibat kerana mewujudkan Pakej Keluarga Malaysia yang mana ianya adalah satu inisiatif yang amat baik untuk membantu meringankan beban pengguna komunikasi dan multimedia secara tersasar dalam mengharungi kehidupan digital yang akan berterusan akibat Pandemik COVID-19. Walaubagaimanapun, dengan kewujudan pelbagai pakej – pakej lain yang ditawarkan di bawah Pakej Keluarga Malaysia ini telah menimbulkan kekeliruan kepada pengguna. CFM sebagai sebuah forum yang bertanggungjawab untuk mengutamakan hak pengguna ingin menyarankan kerajaan dan syarikat penyedia perkhidmatan yang terlibat agar dapat menyeragamkan setiap Pakej Keluarga Malaysia supaya pakej – pakej ini dapat dinikmati dengan mudah oleh rakyat Malaysia tanpa membebankan mereka di masa hadapan.
Selaras dengan hasrat kerajaan untuk membantu segenap golongan masyarakat tanpa mengira umur dan bangsa, pelbagai pakej diwujudkan di bawah Pakej Keluarga Malaysia. Antaranya adalah :
- Pakej Peranti Keluarga Malaysia yang dapat membantu keluarga mendapatkan peranti yang bersesuaian dengan perbelanjaan seisi keluarga;
- Pakej Remaja Keluarga Malaysia yang akan membantu pembelajaran atas talian kepada semua remaja dengan data Internet yang diberikan oleh syarikat penyedia perkhidmatan yang terlibat dan;
- Pakej Perantisiswa Keluarga Malaysia yang akan membekalkan tablet untuk siswa B40 dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan terpilih menjelang suku kedua 2022 yang akan membantu melancarkan aktiviti pembelajaran siswa.
Pada pandangan CFM, pakej – pakej ini adalah amat bertepatan dengan kehendak pengguna pada masa kini. Namun, antara kekeliruan yang timbul di pihak pengguna adalah, sebagai contoh, kewujudan pakej yang memberikan tawaran yang sama tetapi dengan nama yang berbeza dan ini perlulah diselesaikan segera. Begitu juga dengan Pakej Remaja Keluarga Malaysia, setiap penyedia perkhidmatan dilihat memberikan tawaran yang sedikit berbeza antara satu sama lain seperti penawaran aplikasi permainan yang tidak terdapat di pakej penyedia perkhidmatan yang lain. Bagi memudahkan pengguna untuk mengambil pakej yang ditawarkan agar ianya dapat meringankan beban mereka, CFM menyarankan agar tawaran ini dapat diseragamkan seperti mengeluarkan kriteria yang sama bagi setiap pakej untuk memudahkan pengguna memahami pakej – pakej yang ditawarkan dengan lebih mudah.
“Pakej Keluarga Malaysia haruslah diseragamkan bagi memudahkan pengguna dalam memilih dan seharusnya tidak mengelirukan pengguna dalam memilih pakej – pakej inisiatif kerajaan berdasarkan tawaran penyedia perkhidmatan. Penyedia perkhidmatan juga seharusnya memastikan pengguna memahami terma dan syarat agar ianya tidak membebankan pengguna terutamanya pengguna B40 dengan memaklumkan jika ada sebarang caj pelanggaran kontrak atau caj – caj tersembunyi yang bakal pengguna terima.” Kata Timbalan Pengerusi CFM, Encik Mohamad Yusrizal Dato’ Hj. Yusoff.
CFM berpendapat bahawa pengguna seharusnya dapat menggunakan pakej – pakej dari inisiatif kerajaan tanpa sebarang syarat tersembunyi serta maklumat penting yang perlu difahami oleh setiap pelanggan kerana tujuan utama pakej ini diwujudkan adalah untuk membantu rakyat Malaysia. Kepada pengguna komunikasi dan multimedia, CFM menyarankan untuk memeriksa setiap tawaran bagi setiap pakej dan memahami semua terma & syarat serta memilih tawaran pakej yang sesuai dengan penggunaan anda.
Bagi memeriksa setiap tawaran oleh penyedia perkhidmatan yang merupakan satu inisiatif CFM dalam membantu pengguna komunikasi dan multimedia, pengguna juga boleh layari portal consumerinfo di https://bit.ly/pakejkeluargamalaysia
#HakAndaKeutamaanKami
#JadilahPenggunaYangBijak
_____________TAMAT____________
Mengenai CFM
Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) ditubuhkan pada bulan Februari 2001 dan telah ditetapkan sebagai salah satu forum industri oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(MCMC), selaras dengan Peruntukan Seksyen 189 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM). Ia menjadi salah satu platform bagi industri dan pengguna/orang awam bagi menyumbang ke arah penambahbaikan perkhidmatan dan pembangunan polisi yang lebih baik dan konstruktif.
Peranan CFM bersama dengan pihak-pihak lain yang terlibat adalah untuk menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia dan melindungi kepentingan pengguna dengan menggalakkan etika perkhidmatan berkualiti tinggi melalui kawal selia kendiri. CFM juga menjadi pemudah cara kepada pengguna untuk melaporkan aduan tentang perkhidmatan komunikasi dan multimedia.
Jika terdapat aduan mengenai perkhidmatan komunikasi dan multimedia yang tidak diselesaikan, pengguna boleh mengemukakan aduan melalui saluran berikut:
PORTAL ADUAN |
(sistem bersepadu bersama MCMC) |
APLIKASI MUDAH ALIH | Muat turun aplikasi “MY MOBILE RIGHTS” di Google Play Store dan App Store |
PEJABAT |
CFM |
Untuk mengetahui lebih banyak maklumat dan tip berguna, sila layari portal dan media sosial CFM:
PORTAL CFM | |
MEDIA SOSIAL CFM |
Facebook: consumer.forum.malaysia Twitter: @cfm_malaysia Instagram: @cfm_malaysia |
Pegawai Perhubungan Media:
Kartini Hasbi
[email protected]
019 – 238 8501
Muhammad Asyraf Shipurizan
[email protected]
014 – 267 9436