Wi-Fi anda lemah? Ketahui sebabnya
Masalah wi-fi?
Apakah yang menyebabkan signal Wi-Fi yang lemah? Berikut adalah antara beberapa kemungkinan:
1. Jumlah peranti yang disambungkan ke Wi-Fi vs Pakej internet yang dilanggan
Perkara ini perlu difahami kerana rata-rata pelanggan internet mungkin tidak menyedari bahawa jumlah peranti yang banyak, jika disambungkan dengan pakej internet yang rendah, akan menyebabkan Wi-Fi yang perlahan. Sebagai contoh, jika anda melanggan pakej internet di bawah 50mbps dan menggunakan lebih daripada lima peranti serentak (telefon bimbit, komputer riba etc), anda mungkin akan mengalami kelajuan Wi-Fi yang perlahan.
2. Kandungan internet atau aplikasi yang digunakan
Kandungan internet yang dilayari atau aplikasi yang digunakan akan memberikan kesan kepada kelajuan wi-fi anda. Contoh-contoh aplikasi atau kandungan yang berat adalah:-
Menonton kandungan video HD atau 4K
Bermain permainan atas talian yang memerlukan bandwidth yang tinggi
Aplikasi untuk mesyuarat/pembelajaran atas talian.
3. Lokasi di mana terletaknya peralatan wi-fi
Mungkin ramai yang melanggan pelan internet yang mahal, tetapi mengalami capaian wi-fi yang kurang memuaskan contohnya di bilik tidur, di tingkat atas rumah dan sebagainya. Lokasi Wi-Fi router anda juga memberikan kesan kepada kelajuan wi-fi anda. Sebagai contoh, jika router anda diletakkan di dalam ruangan yang tertutup, signal wi-fi anda mungkin akan terkesan. Ini kerana, signal wi-fi ini mungkin terjejas kerana tidak dapat menembusi dinding, pintu yang tertutup rapat dan sebagainya.
4. Channel frekuensi wi-fi di peralatan wi-fi anda
Adakah anda tahu bahawa router wi-fi anda selalunya mempunyai channel frekuensi 2.4Ghz dan 5Ghz? Frekuensi mana yang digunakan di alat ini mungkin akan memberikan kesan kepada kelajuan wi-fi anda. Untuk pengetahuan, 2.4Ghz akan memberikan liputan wi-fi yang lebih luas tetapi mungkin kelajuan yang lebih perlahan, manakala 5Ghz akan memberikan liputan yang lebih dekat tetapi kelajuan yang lebih tinggi. Anda boleh menukarkan channel frekuensi ini pada bila-bila masa bergantung kepada keperluan anda.
5. Jenis peralatan/perabot di sekeliling peralatan wi-fi anda
Peralatan/perabot yang mempunyai permukaan besi yang berkilat dan peralatan yang mengeluarkan signal elektromagnetik (contohnya ketuhar gelombang mikro) yang berada berhampiran alat wi-fi juga akan memberikan kesan kepada signal wi-fi anda
Perkara-perkara di atas akan memberikan kesan kepada kepada pencapaian wi-fi di rumah anda. Salah satu cara untuk meningkatkan pencapaian wi-fi anda, terutamanya kepada peranti yang berada jauh daripada router wi-fi anda (contohnya di dalam bilik di tingkat atas rumah), adalah dengan menggunakan mesh wi-fi, di mana signal wi-fi anda akan ditingkatkan di ruang-ruang di mana pencapaian wi-fi di rumah anda adalah lemah.
Artikel ini dibawakan khas oleh TM
Cara meyelesaikan masalah rangkaian WIFI anda