KUALA LUMPUR – Satu mesyuarat telah diadakan antara pihak industri telekomunikasi dan Jabatan Kastam pada hari ini untuk menjelaskan perlaksanaan GST bagi perkhidmatan prabayar. Ketika mesyuarat tersebut, perkara-perkara dibawah telah dipersetujui:

  1. Tambah nilai untuk prabayar akan dikenakan GST sebaik sahaja pengaktifan dilakukan.
  2. Nilai tambah nilai adalah sama dengan pra-GST; satu-satunya perbezaan adalah bahawa caj GST akan ditambah kepada jumlah tambah nilai.
  3. Pihak industri mematuhi Akta GST 2014, dan oleh itu telah menambah GST kepada nilai semasa tambah nilai (contohnya, nilai tambah nilai sebanyak RM10 kini berharga RM10.60), yang dipersetujui oleh pihak Kastam kerana nilai asas tambah nilai tidak berubah.
  4. Industri bersetuju dengan Kastam bahawa ramai pelanggan merasa beban GST untuk beberapa barangan, termasuk prabayar. Oleh itu, sebagai langkah peralihan, industri akan memberi semua pelanggan yang menambah nilai RM5 ke atas, nilai yang lebih tinggi daripada tambahan GST, dalam bentuk minit percuma dan SMS. Contohnya, pelanggan akan menerima masa panggilan selama 5 minit dan 5 SMS untuk setiap tambah nilai sebanyak RM10. Untuk tambah nilai sebanyak RM20, pelanggan akan menerima masa panggilan selama 10 minit dan 10 SMS. Ini akan sah selama tiga bulan, bermula esok, 3 April 2015.
  5. Kastam dan pihak industri akan terus bekerjasama untuk pelaksanaan GST.

Perkhidmatan komunikasi mudah alih (tidak termasuk Perayauan Antarabangsa) adalah item berkadar standard dibawah Akta GST 2014, dan oleh kerana perkhidmatan komunikasi mudah alih adalah item yang tidak dikecualikan GST mahupun berkadar sifar, industri dikehendaki oleh undang-undang untuk mengenakan GST sebanyak 6%. Caj perayauan antarabangsa adalah berkadar sifar.

GST yang dibayar oleh pelanggan akan dikumpulkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi dan diremit ke Kastam, mengikut Undang-Undang dan garis panduan GST bagi semua barangan dan perkhidmatan yang digunakan.

_______________________________TAMAT________________________________

Mengenai CFM
CFM merupakan sebuah badan organisasi bebas yang ditubuhkan pada bulan Februari 2001 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selaras dengan keperluan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) di Malaysia untuk melindungi hak pengguna dalam sektor tersebut dan memudahkan kawal selia kendiri industri.

CFM bukan sahaja menyediakan ruang dan saluran untuk melaporkan aduan, tetapi juga bekerjasama dengan wakil daripada persatuan pengguna, syarikat penyedia perkhidmatan dan pihak-pihak lain yang berminat bagi merangka, membangun dan menyediakan kod-kod untuk melindungi hak-hak pengguna selain mencadangkan prosedur untuk pampasan dan tindakan kepada pelanggan sekiranya terdapat pelanggaran kepada Kod Amalan Am Pengguna (GCC) untuk Industi Komunikasi & Multimedia Malaysia. Kod tersebut telah diterbitkan pada tahun 2003.

CFM juga dalam usaha untuk mempromosi dan menggalakkan perkhidmatan dan pengendalian bermutu serta berprestasi tinggi dalam industri Komunikasi dan Multimedia. Pada masa yang sama, CFM berusaha untuk meningkatkan keyakinan dan pemahaman pengguna berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan.

Pengguna yang tidak berpuas hati terhadap resolusi aduan yang telah dilaporkan kepada penyedia perkhidmatan komunikasi dan multimedia mereka, boleh mengemukakan kes tuntutan dengan menghubungi CFM di talian bebas tol 1 800 18 2222; atau boleh melaporkan aduan secara online di portal www.complaint.cfm.org.my atau e-mel kepada [email protected].

Pegawai Perhubungan Media: 
Noor Shahdiella Abd Manan [email protected] 019-3246036
Roharrashidah Abdul Halil [email protected] 016-9642972
Razaleigh Zain [email protected] 019-4170766