JIKA ANDA SEORANG PENGEMBARA YANG GEMAR MENGAMBIL GAMBAR NAMUN TIDAK BEGITU MAHIR MENGGUNAKAN DSLR, USAH RISAU. KINI, HANYA MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR DENGAN SEDIKIT KEMAHIRAN, FOTO-FOTO ANDA BOLEH KELIHATAN MENYERLAH DI PAPARAN LAMAN INSTAGRAM.
1– PILIH MELINTANG
Mengambil gambar secara melintang memberikan lebih ruang untuk anda bermain dengan frame yang memberikan sudut pandangan lebih luas berbanding posisi menegak seperti imej landskap, dataran hijau yang luas atau sungai. Mengambil gambar secara menegak bukanlah tidak menarik, namun ia akan menghadkan keluasan gambar anda. Anda boleh mengambil gambar dengan posisi menegak sekiranya anda mahu menonjolkan ketinggian subjek atau pergerakan atas dan bawah.
::Foto yang melintang memberi pandangan lebih luas.::
::Ia akan kelihatan seperti ini jika gambar diambil secara menegak.::
::Gambar secara menegak lebih sesuai untuk menunjukkan ketinggian sesuatu benda::
—————————————————————————————————————————————–
2– GUNAKAN MOD BURST UNTUK MENANGKAP MOMEN DENGAN SEMPURNA
Kita tidak dapat meramal detik indah akan terjadi dan kerana itu mod burst diperlukan. Momen seperti burung terbang di luar tingkap, bunga api, atau percikan air berlaku dengan sangat pantas dengan hanya sekelip mata. Dengan menggunakan mod pecutan atau burst mode, anda boleh mengambil banyak gambar serentak dalam suatu masa. Dengan bantuan mod ini, anda boleh memilih gambar terbaik dan membuang gambar yang tidak diperlukan. Mod ini juga sangat berguna sekiranya anda ingin menangkap gambar dengan kesan suasana yang berangin seperti rumput, pakaian atau rambut. Cara ini akan membuatkan gambar anda kelihatan semulajadi.
—————————————————————————————————————————————
3– MEMANFAATKAN SINARAN MATAHARI TERBIT…
Selain dapat menimati keindahan alam semulajadi, sinaran cahaya matahari terbit juga dapat membantu mengindahkan lagi foto anda. Anda tidak perlu berdepan dengan pancaran matahari terik dan bayang-bayang pada objek juga dapat dielakkan. Mengambil gambar sewaktu matahari terbit juga dapat memberi kesan berbeza kepada gambar kerana pencahayaan yang sempurna.
————————————————————————————————————————————
4- …JANGAN BERHENTI HINGGA MATAHARI TERBENAM
Suasana ketika matahari terbit dan terbenam benar-benar membantu membuat gambar anda kelihatan hebat dengan kehadiran sinaran cahayanya. Salah satu cara untuk memanfaatkan mod semasa matahari terbenam ialah dengan menggunakan objek atau seseorang untuk menghasilkan gambar silhouette yang akan memberikan elemen menarik pada gambar anda.
——————————————————————————————————————————-
5– JANGAN GUNAKAN KESAN KABUR PALSU
Antara kelemahan kamera telefon pintar ialah tidak dapat menangkap gambar ruang kedalaman (depth of field) berbanding kamera DSLR dan sukar untuk anda mendapatkan gambar dengan kesan kabur yang natural. Ramai yang menggunakan aplikasi di telefon pintar untuk kesan kabur tetapi cara ini hanya akan memburukkan gambar. Bagi memberikan penekanan kepada sesuatu objek, anda haruslah bijak memilih komposisi yang baik.
—————————————————————————————————————————
6- MEMAHAMI KOMPOSISI THE RULE OF THIRDS
Ini merupakan kunci untuk mendapatkan komposisi gambar yang baik. Semua kamera telefon pintar mempunyai fungsi ini yang dipanggil sebagai garis grid. Garis menegak dan mendatar ini membahagikan gambar kepada sembilan petak kecil. Anda boleh meletakkan objek utama di dalam gambar anda pada garisan tersebut. Ini merupakan cara efektif untuk memberikan fokus kepada objek tertentu di dalam gambar.
Sumber: SHOUT Q3,2017, consumerinfo.my #CFMarticle #CFMmalaysia #CFMshout2017 #tutorial #fotografi #smartphone