Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC)
Off Persiaran Multimedia, Jalan Impact
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 8320 9033
Fax: +603 8320 9083
www.cfm.my

KANGAR, 15 NOV 2017 – Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) terus komited untuk memperkasakan pengguna dengan menganjurkan program kesedaran bersiri iaitu Sesi Perkongsian Maklumat Industri (KSS) Edisi Perlis kali ke-9 yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kangar pada hari ini. Bagi edisi kali ini, CFM mengambil peluang untuk berkongsi maklumat dan perkembangan tentang industri komunikasi dan multimedia bersama pengguna-pengguna di Perlis, selepas siri KSS yang diadakan CFM di beberapa buah negeri sebelum ini seperti di Selangor, Perak, Johor, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Pahang.

Program ini menjadi platform kepada pengguna untuk memahami isu-isu yang berkaitan dengan perkhidmatan komunikasi dan multimedia, selain untuk mendapatkan penyelesaian secara efektif dengan melaporkan masalah mereka kepada saluran yang tepat.

“CFM menganjurkan program seperti KSS di berlainan negeri agar dapat mendekati dan memahami isu-isu pengguna secara lebih dekat dalam perkhidmatan komunikasi dan multimedia kerana kita percaya masalah yang dihadapi pengguna mungkin berbeza mengikut setiap kawasan. Dalam masa sama, pengguna dapat memperoleh maklumat yang tepat dan lebih berpengetahuan mengenai industri dengan mengikuti program KSS di sini,” kata Pengerusi CFM, Mohamad Yusrizal Dato’ Yusoff.

Dalam KSS Edisi Perlis kali ini, beberapa topik berkaitan pengguna dikongsikan seperti “Tips penjimatan untuk menggunakan perkhidmatan telefon mudah alih”, “Tamatnya sistem analog bagi siaran televisyen pada tahun hadapan”, serta “Jual beli atas talian” yang disampaikan oleh speaker jemputan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK), MYTV Broadcasting dan juga CFM.

Tambah Mohamad Yusrizal, CFM menyarankan pengguna untuk membuat aduan secara rasmi jika mempunyai masalah dengan penyedia perkhidmatan kerana ia dapat memberi impak kepada perubahan perkhidmatan dan industri daripada sekadar membuat rungutan di media sosial.

Mengikut rekod, CFM telah menerima sebanyak 3,838 aduan setakat sepuluh (10) bulan pertama pada tahun ini dan sebanyak 75% daripada jumlah aduan tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh kurang daripada 15 hari. CFM juga ada menerima aduan daripada pengguna Perlis iaitu sebanyak 24 aduan diterima pada tahun 2016, manakala sebanyak 8 aduan diterima setakat Oktober tahun ini.

Jumlah Aduan Yang Diterima CFM
2017

(Jan – Okt)

Jumlah Aduan = 3,838 Aduan 75% aduan diselesaikan dalam tempoh < 15 hari
 

2016

 

 

7,556 Aduan

 

Meningkat 3.14%

77% aduan diselesaikan dalam tempoh < 15 hari
 

2015

 

7,326 Aduan

72% aduan diselesaikan dalam tempoh < 15 hari

Berikut adalah lima (5) kategori aduan paling tinggi yang diterima CFM pada tahun ini dan tahun lepas, dengan aduan berkaitan Bil dan Caj merekodkan jumlah aduan yang tertinggi dilaporkan pengguna.

2016 JUMLAH ADUAN 2017

(Jan – Okt)

JUMLAH ADUAN
KATEGORI ADUAN TERTINGGI DITERIMA CFM BIL & CAJ 2,914 BIL & CAJ 1,351
KUALITI PERKHIDMATAN 2,506 KUALITI LIPUTAN 1,036
KUALITI LIPUTAN 619 KUALITI PERKHIDMATAN 640
AMALAN TIDAK ADIL 442 AMALAN TIDAK ADIL 225
TIADA LIPUTAN 404 PROMOSI TIDAK BENAR 186

CFM menawarkan pelbagai saluran aduan untuk orang awam memohon bantuan penyelesaian terhadap aduan yang tidak diselesaikan oleh penyedia perkhidmatan mereka dan memberikan saranan penyelesaian bagi isu-isu berkaitan.

CFM akan sentiasa menganalisa semua isu perkhidmatan komunikasi dan multimedia yang menjejaskan pengguna di Malaysia dan akan terus berusaha memastikan ketelusan dalam pengendalian aduan selain melakukan pemantauan secara berterusan bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Penyedia Perkhidmatan serta menangani sebarang pelanggaran Kod Amalan Am Pengguna untuk Industri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (GCC).

#HakAndaKeutamaanKami

#JadilahPenggunaYangBijak

_______________________________TAMAT______________________________

Mengenai CFM

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) ditubuhkan pada bulan Februari 2001 dan telah ditetapkan sebagai salah satu forum industri oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), selaras dengan Peruntukan Seksyen 189 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM). Ia menjadi salah satu platform bagi industri dan pengguna/orang awam bagi menyumbang ke arah penambahbaikan perkhidmatan dan pembangunan polisi yang lebih baik dan konstruktif.

Peranan CFM bersama dengan pihak-pihak lain yang terlibat adalah untuk menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia dan melindungi kepentingan pengguna dengan menggalakkan etika perniagaan berkualiti tinggi melalui kawal selia kendiri. CFM juga menjadi saluran kepada pengguna untuk melaporkan aduan tentang perkhidmatan komunikasi dan multimedia.

Jika terdapat aduan mengenai perkhidmatan komunikasi dan multimedia yang belum diselesaikan, pengguna boleh mengemukakan aduan kepada CFM melalui saluran berikut:


PORTAL ADUAN CFM (COP)
www.complaint.cfm.org.my
HOTLINE 1-800-18-2222
EMEL [email protected]
APLIKASI MUDAH ALIH Muat turun aplikasi “MY MOBILE RIGHTS” di Google Play Store dan App Store
PEJABAT CFM

Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC), Off Persiaran Multimedia Jalan Impact, 63000 Cyberjaya, Selangor.

 Untuk maklumat lanjut, lawati laman web CFM di www.consumerinfo.my

 Pegawai Perhubungan Media:

Noor Shahdiella Abd Manan                             [email protected]                            019-3246036

Roharrashidah Abdul Halil                                 [email protected]                      017-8961588

Nur Shazwani Zainudin                                      [email protected]                              017-4012010