Pernahkah anda menerima SMS tidak diminta sebelum ini? Besar kemungkinan anda pernah menerimanya, sama ada sedar ataupun tidak. Ada pelbagai jenis SMS tidak diminta. Penipuan, SMS promosi, SMS tidak dilanggan, dan spam P2P (peer-to-peer) adalah beberapa jenis SMS tidak diminta yang kadangkalanya digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang mensasarkan mangsa-mangsa yang tidak maklum mengenai perkara tersebut.

Kesedaran diri dan ilmu pengetahuan adalah kunci bagi mengelak daripada menjadi mangsa. Oleh itu, anda jangan melayari laman web yang mencurigakan dan tidak terjamin keselamatannya tanpa menggunakan perisian anti-virus. Sentiasa berhati-hati semasa melayari sebarang laman web dan jangan klik mana-mana iklan yang muncul secara tiba-tiba (pop-up advertisements) ketika melayari internet.

Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak aduan mengenai SMS tidak diminta seperti yang tertera di bawah. Ini menunjukkan masih ramai pengguna di luar sana menjadi mangsa. Jadi, bantu sebarkan kesedaran mengenai isu ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda.

KATEGORI ADUAN

 

(YANG DITERIMA OLEH CFM)

JUMLAH ADUAN
2015 2016
SMS 630 354
SMS Tidak Diminta/Tidak Dilanggan 595 253
Penipuan/Spam 27 87
SMS Promosi 7 12
Lain-lain 1 2

* Jumlah laporan yang diterima oleh CFM pada 2015 dan 2016. SMS tidak diminta/tidak dilanggan merupakan kategori aduan tertinggi, menunjukkan betapa seriusnya isu tersebut.

Setiap kes yang dilaporkan oleh pengadu akan dianalisa satu persatu. Pemeriksaan latar belakang secara menyeluruh ke atas sejarah penggunaan pelanggan akan dijalankan bagi menentukan merit kes tersebut. Jika siasatan mendapati memihak kepada pengadu, penyedia perkhidmatan akan menjalankan proses pemulihan. Langkah pertama ialah dengan membatalkan langganan SMS tersebut dan membuat pemulangan kredit ke dalam akaun pengadu bagi caj yang telah dikenakan. Anda mahu masalah yang sama berulang? Jadi, sila ambil serius tentang risiko dan bahaya SMS tidak diminta.

 Sumber : SHOUT Q2 2017 , consumerinfo.my #CFMarticle #CFMmalaysia  #CFMshout

 * * * 

Anda suka artikel, tip ini? Kongsikan di FacebookTwitter, dan Instagram anda. ‘Follow’ kami untuk ketahui lebih banyak tip & info terkini mengenai komunikasi & multimedia. 

~consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)~