CYBERJAYA, 3 DIS 2020 – Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-19 yang dihadiri oleh 39 ahli terdiri daripada Persatuan Pengguna dan Ahli Bersekutu (individu) mewakili pihak permintaan, serta syarikat Penyedia Perkhidmatan sebagai pembekal. Mesyuarat kali ini diadakan secara maya buat julung kalinya bagi mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tiga (3) resolusi dan cadangan konstruktif telah diluluskan dalam mesyuarat bagi meningkatkan keberkesanan CFM sebagai forum rujukan pengguna dan industri.

CFM berperanan sebagai pemudah cara dan menjadi saluran untuk pengguna melaporkan aduan yang tidak dapat diselesaikan oleh penyedia perkhidmatan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan di dalam Kod Amalan Am Pengguna untuk Industri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (GCC).

“Mengikut Laporan Tahunan CFM 2019, sebanyak 11,615 aduan diterima yang menyaksikan peningkatan sebanyak 83% berbanding tahun 2018. Daripada jumlah keseluruhan aduan tersebut, masalah Rangkaian bagi Perkhidmatan Selular merupakan kategori aduan tertinggi iaitu mencatat sebanyak 3,367 aduan,” kata Pengerusi CFM, Datin Mohana Mohariff.

Dalam Belanjawan Negara 2021, peruntukan sebanyak RM7.4 bilion di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) menunjukkan persediaan kerajaan dalam membantu rakyat untuk menghadapi suasana norma baharu yang memerlukan sambungan internet yang lebih stabil di semua kawasan.

Tambah Datin Mohana, “Melalui peruntukan tersebut, CFM berharap pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan jalur lebar dapat diagihkan secara efektif di semua kawasan untuk dinikmati oleh semua pengguna. Persatuan-persatuan Pengguna juga perlu terus membantu para pengguna di kawasan mereka yang mempunyai masalah telekomunikasi secara lebih efisien dengan menyalurkan maklumat kepada pihak CFM agar isu tersebut dapat diselesaikan bersama pihak penyedia perkhidmatan dengan lebih proaktif.”

Pada tahun ini, CFM telah mengkaji semula GCC 2003 dengan kerjasama pihak permintaan dan pembekal bagi memenuhi keperluan semasa pengguna dan perkembangan industri. Beberapa peruntukan di dalamnya telah diperhalusi dan ditambah baik untuk memastikan hak pengguna terus dilindungi dan bagi pertumbuhan industri yang lebih mampan.

Selaras dengan visi CFM untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi pengguna dalam sektor komunikasi dan multimedia, CFM juga berperanan untuk memastikan semua penyedia perkhidmatan mematuhi GCC dalam operasi dan prosedur yang mereka jalankan.

Sejajar dengan tema Laporan Tahunan CFM 2019 iaitu “Mengutamakan Pengguna”, CFM akan terus komited dalam memperkukuh pengendalian dan pematuhan aduan berdasarkan GCC untuk manfaat pengguna dan pembangunan industri. Laporan Tahunan CFM 2019 boleh dibaca dan dimuat turun di portal CFM:

https://www.consumerinfo.my/wp-content/uploads/2020/12/CFM-AnnualReport2019_min.pdf

#HakAndaKeutamaanKami

#JadilahPenggunaYangBijak

_____________TAMAT____________

Mengenai CFM

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) ditubuhkan pada bulan Februari 2001 dan telah ditetapkan sebagai salah satu forum industri oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), selaras dengan Peruntukan Seksyen 189 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM). Ia menjadi salah satu platform bagi industri dan pengguna/orang awam bagi menyumbang ke arah penambahbaikan perkhidmatan dan pembangunan polisi yang lebih baik dan konstruktif.

Peranan CFM bersama dengan pihak-pihak lain yang terlibat adalah untuk menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia dan melindungi kepentingan pengguna dengan menggalakkan etika perkhidmatan berkualiti tinggi melalui kawal selia kendiri. CFM juga menjadi pemudah cara kepada pengguna untuk melaporkan aduan tentang perkhidmatan komunikasi dan multimedia.

Jika terdapat aduan mengenai perkhidmatan komunikasi dan multimedia yang tidak diselesaikan, pengguna boleh mengemukakan aduan melalui saluran berikut:

PORTAL ADUAN

https://aduan.skmm.gov.my

(sistem bersepadu bersama MCMC)

PEJABAT

CFM
Bangunan Lama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC), Jalan Impact, Cyber 6,
63000 Cyberjaya,
Selangor

Untuk mengetahui lebih banyak maklumat dan tip berguna, sila layari portal dan media sosial CFM:

PORTAL CFM

www.cfm.my

www.consumerinfo.my

MEDIA SOSIAL CFM

Facebook: consumer.forum.malaysia

Twitter: @cfm_malaysia

Instagram: @cfm_malaysia

APLIKASI MUDAH ALIH Muat turun aplikasi “MY MOBILE RIGHTS” di Google Play Store dan App Store
PEJABAT

CFM
Bangunan Lama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC), Jalan Impact, Cyber 6,
63000 Cyberjaya,
Selangor

Untuk mengetahui lebih banyak maklumat dan tip berguna, sila layari portal dan media sosial CFM:

PORTAL CFM www.cfm.my

www.consumerinfo.my

MEDIA SOSIAL CFM Facebook: consumer.forum.malaysia

Twitter: @cfm_malaysia

Instagram: @cfm_malaysia