Dalam setiap aktiviti siber yang kita lakukan pastinya ada pelbagai ancaman terutamanya daripada ‘scammer’ atau ‘hacker’ yang akan cuba sedaya upaya untuk mencuri maklumat dan data peribadi kita. Sebagai pengguna kita haruslah sentiasa berhati – hati dan memastikan segala mesej, e-mel yang kita terima, dan aplikasi yang kita guna.

Ikut 10 tip keselamatan untuk semua peranti bagi mengelakkan anda daripada ancaman siber:

1. Pastikan peranti telah dimatikan apabila tidak digunakan

2. Matikan sambungan internet apabila meninggalkan rumah/pejabat atau apabila tidak digunakan.

3. Pastikan kata laluan akaun emel dan media sosial dikemas kini secara berkala dan menggunakan kombinasi huruf, nombor dan karakter istimewa (&,*,%,# etc).

4.Waspada terhadap pesanan SMS/WhatsApp/e-mel yang mencurigakan.

5. Jangan buka sebarang kiriman fail dalam pesanan SMS/WhatsApp/e-mel daripada orang atau sumber yang anda tidak kenali.

6. Kemas kini perisian anti-virus dan firewall anda secara berkala.

7. Jangan klik pautan yang dihantar oleh individu yang tidak dikenali. (Virus, malware, spam biasanya disembunyikan bersama-sama pautan di dalam bentuk fail .exe).

8. Putuskan sambungan internet peranti anda sekiranya terdapat sebarang aktiviti yang pelik seperti ping request atau pesanan “pop-up”.

9. Jangan lawati laman web yang meragukan sama ada yang dihantar melalui SMS, e-mel, WhatsApp, Telegram dan media sosial yang lain.

10. Sekiranya terdapat apa-apa aktiviti yang mencurigakan pada peranti anda, matikan komputer dan putuskan sambungan internet.

Jadilah pengguna komunikasi dan multimedia yang berwaspada untuk keselamatan kita dari ancaman siber.

* * *

Share this post if you liked it and follow us on Facebook, Twitter, and Instagram to stay up to date with the latest tips on Communications & Multimedia.

~consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)~